January 11th, 2012

Kami telah menerima tip dari sesetengah pihak yang perang Twitter antara aktres Rita Rudaini dan adik iparnya, Zaquan Adha ialah berpunca dari salah seorang peminat yang bertanyakan soalan kepada Rita, kemudian melapor pula dan bertanya pada Zaquan, dan dia juga dikatakan pernah bertanyakan soalan pada isteri Zaquan, Ayu Raudhah. Mungkin tidak menyangka yang perbuatannya menyebabkan hubungan mereka berdua menjadi tegang, peminat tersebut telah membuat satu entri di blognya untuk meminta maaf:

Sekiranya anda tidak nampak, silakan klik di sini untuk membaca dengan lebih jelas. Peminat tersebut berkata dia mempunyai sebab untuk berbuat begitu, dan bukan untuk bersuka-suka, tetapi sebab itu mahu dirahsiakannya.

Bagi kami walau apa pun alasannya, sepatutnya anda menyedari yang perbuatan anda telah membuat perkara yang serius berlaku. Nama-nama yang terlibat di blog ini telah kami padam, tetapi kami pasti akan ada cara pembaca untuk mencari blog beliau (Twitternya sudah di privatekan) namun diminta untuk tidak menyerang atau mengutuk di blognya, kerana mungkin dia sudah sedar apa yang telah dilakukan.

Sebagai pengajaran, minatlah artis, tetapi biar ada batasnya.


69 responses to “(GOSIP)Rita Dan Zaquan Dilagakan Peminat?”

  1. nanu says:

    ala budak tu mmg menyibuk la. dulu kes elia pon die ade nyibuk gak kat twitter.

  2. eryna says:

    rita dh buat pengakuan..dia ckp xda sapa pun yg batu api…so..abg nara xpayah la nk panas-panaskan isu ni..sebaiknya,bantu selesikan kearah yg baik..bukan kearah menambahkan lagi gosipp mcm ni..

    • frendly says:

      isu nya bukan abg nara..bnyak lagi blog2 lain yg sebar cite ni… and hari ni k.rita dh kuarkan statement budak2 ni bukan lah punca diorng gaduh…..
      berdasarkan ape yg kita baca dari awal,itu lah yg terjadi tp dh pengakuan dari artis tu sendiri diorng xberslah,so lantak laaa..yg salah tetap salah…hahaha…
      org luar boleh menilai sendiri..
      *kadang2 kwn baik/adik beradik pn boleh jadi talam dua muka,inikan pula orang luar…..

  3. zbm says:

    zakuan, dia mengaku terang2 yg dia ni batu api…….tp kalu btul rita kejam….rasa2nya laki rita tu….dh x serupa org kot….tp nmpak ok jer….bleh main bola lg……lgpun rita tu ada kareer n ada duit sendiri…..kejam tang mana tuh……thats why sy fhm perasaan rita ttg hubungan dia ngan mentua…..sbb ipar dia sndri yg siram minyak kat api……bla mentua x suka kat menantu…dia akan terima bulat2 cerita2 buruk psal menantu bukan pilihannya……tambah2 plok anak dia sendiri yg jd penglipurlara……..

  4. zbm says:

    mslhnya kebanyakkan selebriti ni suka sgt ckp….. twitter aku……aku punya pasallah……sdgkan followers nya satu mesia…..kalau kat paper nk sorok2 citer sensasi tp kat twitter @ fb @ blog @ laman sosial laen…bukak pekung sendiri…..yg pastinya…..3 pihak ni……bla nk tweet apa2 x pikir pjg dlu……

Loading...