September 25th, 2019

Seperti biasa setiap tahun pasti ramai yang menantikan program Gegar Vaganza. Setelah sekian lama berteka-teki siapa agaknya bakal bersaing pada tahun ini, akhirnya semalam,  pihak Astro telah mengumumkan senarai rasmi peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

gegar vaganza 6

Bakal bersiaran bermula 13 Oktober ini, senarai peserta yang terlibat untuk GV 6 boleh tahan hebatnya. Antara yang terlibat dalam persaingan pada musim ini ialah Wann, Sham Visa, Noorshila Amin, Naqiu Boboy, Ameer Sofazr, Hady Mirza, Mazleela dan Faeza.

Turut bersaing dengan mereka ialah  penyanyi yang kini menetap di Canberra, Australia, Nurfatima.

peserta gegar vaganza 6

Tidak ketinggalan dua kumpulan duo iaitu Kool dan One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae dan Sabhi Saddi) serta penyanyi yang popular dengan lagu Ratnaku, Roy dan Jatt Ali daripada kumpulan Black Dog Bone.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS dan menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap bersama juri baharu iaitu penyanyi legenda popular Indonesia, Hetty Koes Endang.

hos gegar vaganza 6

Teruja betul kami ingin melihat persembahan daripada kesemua peserta, korang pula macam mana? Siapa peserta kegemaran korang?

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Instagram Astro Gempak & Cuckoo Malaysia