Seperti biasa setiap tahun pasti ramai yang menantikan program Gegar Vaganza. Setelah sekian lama berteka-teki siapa agaknya bakal bersaing pada tahun ini, akhirnya semalam, pihak Astro telah mengumumkan senarai rasmi peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6).
Bakal bersiaran bermula 13 Oktober ini, senarai peserta yang terlibat untuk GV 6 boleh tahan hebatnya. Antara yang terlibat dalam persaingan pada musim ini ialah Wann, Sham Visa, Noorshila Amin, Naqiu Boboy, Ameer Sofazr, Hady Mirza, Mazleela dan Faeza.
Turut bersaing dengan mereka ialah penyanyi yang kini menetap di Canberra, Australia, Nurfatima.
Tidak ketinggalan dua kumpulan duo iaitu Kool dan One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae dan Sabhi Saddi) serta penyanyi yang popular dengan lagu Ratnaku, Roy dan Jatt Ali daripada kumpulan Black Dog Bone.
Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS dan menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap bersama juri baharu iaitu penyanyi legenda popular Indonesia, Hetty Koes Endang.
Teruja betul kami ingin melihat persembahan daripada kesemua peserta, korang pula macam mana? Siapa peserta kegemaran korang?
Aku
September 26, 2019 at 6:32 pm
Cayalah Roy ada. Ikon lagu patriotik Malaysia!
Anonymous
September 25, 2019 at 4:56 pm
ingatkan azie join..hmmmm
Leylla
September 25, 2019 at 3:18 pm
wow lama xdgr wan menyanyi live..minat lagu2 die dolu2….
Anonymous
September 25, 2019 at 1:24 pm
Harap sangat perserta perempuan yg bertudung berpakaian tidak terlalu ketat belit tudung cekik leher gaun ketat sendat. Dh berusia kot.
Netizen Baik hati
September 25, 2019 at 1:01 pm
aku dapat agak dah , Nur fatimah Selembut Sutera boleh menang !!! … vokal dia meme kegemaran Tok Ram
aku pun baik hati gak
September 25, 2019 at 4:28 pm
yg mana satu Nur Fatimah tu ek??? nape aku tak ingat???
Netizen Baik hati
September 25, 2019 at 8:23 pm
cuba adik manis google lagu selembut sutera kat youtube !! dia ni pernah menangI tp terbitan RTM lah . tu yg sendu sikit tuuu :)