Written by AbangNara | August 6th, 2013

Hati wanita mana yang tidak sedih apabila mahligai perkahwinan yang cuba dipertahankan selama ini akhirnya berakhir jua. Walaupun cuba kelihatan tabah, Abang Nara percaya sedikit sebanyak hati Rita Rudaini pasti terluka apabila diceraikan oleh suaminya menerusi SMS.

rita rudaini

Dengan kewujudan media sosial dan blog, para peminat dan pengikut perkembangan rumahtangga selebriti ini turut sama memberikan pendapat mereka mengenai apa yang terjadi. Ada pihak yang menyalahkan Rita dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sedap didengar. Susulan itu, Rita menggunakan akaun Instagramnya untuk meluahkan perasaan.

rita nista

Kepada Rita, pedulikanlah kata-kata orang lain yang tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Cakap-cakap mereka hanyalah berdasarkan spekulasi dan khabar angin. Semoga anda tabah menghadapi dugaan ini. Lagi beberapa luahan yang dikongsikan oleh Rita dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 6th, 2013

Maaf agak terlambat berkongsi perkembangan kes penceraian antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini. Abang Nara sibuk buah kuih raya di dapur semalam. Hehehe. Abang Nara pasti ramai yang menarik nafas lega kerana kemelut yang melanda pasangan ini akhirnya tamat jua.

rita rudaini cerai

Menurut Berita Harian, sebelum Aidil menghantar SMS yang berbunyi “aku ceraikan kau talak satu”, telah berlaku perang SMS di antara mereka berdua. Aidil dikatakan bengang dengan Rita apabila membaca artikel yang ditulis oleh Zubir mengenai skandalnya di BiPop pada hari Ahad lalu.

rita rudaini

Rita Rudaini yang kini berada di Perlis berkata:-

Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS. Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah

Semoga penceraian ini akan menjadi jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka berdua. Apa pun, jangan lupa tanggungjawab masing-masing kepada anak-anak hasil perkahwinan. Kepada Rita, semoga terus tabah lebih-lebih menjelang Aidilfitri ini.

P.S: Kit badan Proton Preve R3 dijual September ini