June 7th, 2017

Semalam kecoh dengan isu pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang bengang dengan seorang peminat fanatik yang  mengaitkan beliau dalam “perang dingin” Fattah Amin dan Neelofa gara-gara salah faham ketidakhadiran Fattah dalam program MeleTOP.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu Nabil memadam bukti mesej peminat tersebut daripada akaun Instagramnya.

Kemudian, Nabil sempat untuk memuat naik sebuah video bersama kapsyen yang agak padu.  Menurut Nabil, kehadiran selebriti hanya sekadar untuk menghiburkan orang ramai dan sekiranya ada yang menjadikan mereka idola pastikan mereka hanya mencontohi perkara yang baik-baik sahaja.

Tidak salah sebenarnya untuk peminat menyokong karier artis pujaan mereka tetapi janganlah sampai tahap terlalu fanatik. Apa pula komen anda?

June 6th, 2017

Tentu anda tahu sekitar minggu lepas kecoh dengan isu Fattah Amin yang didakwa membatalkan kehadirannya  ke rancangan MeleTOP untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella secara saat akhir. Berlaku sedikit “perang dingin” antara beliau dan Neelofa sehingga ada isu sindir menyindir.

Kerana isu itu juga, pelawak Nabil Ahmad turut terkena tempiasnya apabila ada seorang peminat fanatik Fattah menghantar “direct message” di akaun Instagram Nabil agar mengambil iktibar daripada pelakon tersebut. Mengapa ambil iktibar? Kerana sebuah portal berita berbahasa Inggeris telah mengeluarkan satu artikel dimana Michael Ang mengakui beliau yang menyusun jadual Fattah dan meminta agar tiada lagi yang menyalahkan pelakon lelaki tersebut kerana tidak hadir pada program MeleTOP.

Bengang dengan tindakan peminat tersebut, Nabil telah memuat naik foto bukti kiriman mesej tersebut bersama kapsyen luahan perasaan amarahnya berhubung perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, Nabil sudah memadam muat naik tersebut dari akaun Instagramnya.

Hmmph, dasyat juga peminat Fattah yang sudah terlalu taksub dengan artis kesayangan mereka sehingga sanggup mengirim mesej ke Nabil dengan niat kononnya ingin memberi nasihat.