January 7th, 2013

Jika anda terlepas untuk menonton persembahan-persembahan hebat AJL27 semalam, jangan risau kerana Abang Nara akan berkongsi gambar-gambar tersebut. Paling menarik bagi Abang Nara ialah kemunculan Aaron Aziz ketika Hafiz dan Adira menyanyikan lagu Ombak Rindu. Terkejut dibuatnya!!!

hafiz adira

Ketika Aaron Aziz mendukung Adira untuk menamatkan persembahan, kedengaran suara jeritan daripada penonton-penonton di stadium. Pasti ramai wanita yang cemburu. Diharap Adira tidak jatuh cinta apabila badannya didukung erat oleh Aaron Aziz. Confirm cair punya!!!

ramli sari

Persembahan rock kapak daripada legenda-legenda rock Malaysia untuk persembahan penutup tirai ternyata menggamatkan suasana. Tiada siapa dapat menafikan kehebatan mereka lebih-lebih lagi Ramli Sarip. Suara masih padu dan berjaya membuatkan penonton bangun daripada tempat duduk. Awesome gila kot!!!

ramli sari

Lagi 38 keping gambar sekitar malam Anugerah Juara Lagu 27 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada laman web www.anugerahjuaralagu.com.

P.S: Gambar Samsung Galaxy S4 mula kelihatan di Internet.

ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari
ramli sari

November 26th, 2012

Sebentar tadi, telah pun diumumkan 12 buah lagu yang akan berentap di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27). Kesemuanya hebat-hebat belaka. Antara yang menjadi favourite untuk muncul juara ialah lagu Patah Seribu (Shila Amzah), Terukir Di Bintang (Yuna) dan Teman Pengganti (Black dan Malique).

ajl 27

Abang Nara akan membuat satu entri khas untuk ramalan kemenangan AJL27. Kena kaji kekuatan lirik dan melodi setiap lagu yang berjaya ke final. Adakah Shila Amzah akan muncul juara sekali lagi selepas memenangi AIM baru-baru ini?

1. Terukir Di Bintang (Yuna)
2. Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
3. Tanpamu (Amir Jahari)
4. Idola (Azlan & The Typewriter)
5. Pelangi Senja (Stacy)
6. Lagu (Bedroom Sanctuary)
7. Teman Pengganti (Black & Malique)
8. Ku Akui (Hafiz Suip)
9. Simetri (Hazama & Amy Search)
10. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo)
11. Patah Seribu (Shila Amzah)
12. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat)

Yang mana satu pilihan anda untuk gelaran juara AJL27? Sila komen dan nyatakan sebabnya anda memilih lagu tersebut. Untuk makluman, AJL27 akan berlangsung pada 6 Januari 2013 kelak.

October 30th, 2012

Pejam celik pejam celik, kita sudah tiba ke salah satu acara hiburan berprestij Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27). Cepat sungguh masa berlalu. Semalam telah pun diumumkan 30 buah lagu yang bakal berentap di pusingan separuh akhir.

ajl27 final

Antara lagu kegemaran Abang Nara yang berjaya ke separuh akhir ialah Ombak Rindu, Teman Pengganti dan Terukir Di Bintang. Kesemua 30 buah lagu yang akan berentap sangat hebat. Sukar untuk membuat pilihan lagu manakah yang akan berjaya ke pusingan akhir.

ajl27 final

Apakah lagu pilihan anda untuk berjaya ke final kelak? Senarai penuh 30 buah lagu yang berjaya ke separuh akhir Muzik-Muzik 27 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

11 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 1

Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad
Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah
Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem
Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan
Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K
Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim
Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim
Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal

• 18 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 2

Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi
Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin
Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong
Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana) – Ajai
Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir
Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim
Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram

• 25 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 3

Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen
Panik (Bunkface) – Sam Bunkface
Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak
Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai