Written by Bella | June 20th, 2017

Tentu anda semua tahu sebelum ini pengasas produk kosmetik ada memuat naik video Live mengenai pembantu rumahnya yang ditangkap mencuri wang tunai dan beberapa barang berharga miliknya dan isteri. Kerana tidak sampai hati, Datuk Aliff bagaimanapun tidak melaporkan hal tersbeut kepada pihak polis, malangnya pembantu rumah beliau yang cukup pandai bersandiwara itu melarikan diri.

Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak dihantar polis. Saya termakan pujuk rayu atas dasar balas kesian sesama manusia. Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki iaitu suami salah seorang daripada mereka sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang, jam dan cincin saya bernilai RM100k, saya tidak lagi percaya pada bibik yang gaya bak malaikat.

Saya tekad melaporkan perkara ini pada polis walapun saya tidak sampai hati. Saya menyeru polis menangkap dan membenteras mereka yang sedang berlegar-legar di sini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya. Telefon saya yang lama juga hilang anda boleh menghubungi nombor telefon pengurus saya di profile jika ada sebarag urusan yang serius.

Menerusi video di akaun Facebooknya, Datuk Aliff menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat sehingga pembantu rumahnya yang lari itu tertangkap.

Beliau juga menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik foto pembantu rumah tersebut yang kini dikehendaki.

Ini adalah peluang untuk sesiapa sahaja yang ingin menolong Datuk Aliff dan pada masa yang sama mendapat ganjarannya.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : FB Aliff Syukri Terlajak Laris

Written by Bella | June 15th, 2017

Semalam, Datuk Aliff Syukri telah memuat naik video beliau memaki hamun kerana berang pembantu rumahnya ditangkap mencuri. Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang kurang bersetuju dengan tindakan Datuk Aliff yang dikatakan ingin membuka aib orang lain.

Walaubagaimanapun, perkara itu sudah selesai dan Datuk Aliff ada memuat naik video penjelasan mengenai isu tersebut. Malah, beliau juga meminta maaf kerana terkasar bahasa. Video penjelasan itu juga turut memaparkan beliau bersama agen pembantu rumah tersebut.

Berikut video penjelasan Datuk Aliff :-

Syukurlah jika semua perkara sudah selesai, isu pembantu rumah yang mencuri bukanlah perkara baharu dan anggap sahaja perkongsian Datuk Aliff dapat memberikan kita pengajaran.

Written by Bella | June 14th, 2017

Pagi tadi jutawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri telah berkongsi kejadian dimana pembantu rumahnya ditangkap mencuri.  Berang dengan perbuatan pembantu rumah tersebut, Datuk Aliff memuat naik video secara LIVE di akaun Facebooknya.

Pembantu rumah yang berasal dari  Indonesia itu  telah mencuri kain sutera bertatahkan batu Swarovski , wang berjumlah RM100 dan beberapa helai pakaian. Namun, ada juga sesetengah netizen yang mengkritik Datuk Aliff sengaja ingin menunjukkan kemewahan yang beliau ada apabila menyatakan setiap harga barang yang dicuri.

Video tersebut sehingga  saat ini sudah mendapat lebih 1 juta tontonan dan 11,808 perkongsian. Kesudahan kejadian tersebut tidak diketahui kerana video terakhir menunjukkan pembantu rumah tersebut merayu dengan Datuk Aliff agar beliau tidak dibawa ke balai polis.

Apa-apa pun,  kami berpendapat perkongsian Datuk Aliff ini juga ada kebaikannya kepada mereka yang mempunyai pembantu rumah agar ia menjadi iktibar dan pengajaran untuk mereka.