August 19th, 2019

Baru-baru ini kecoh isu seorang selebriti dibayar RM160,000 untuk berlakon dalam sebuah teater yang bakal dipersembahkan tidak lama lagi. Rata-rata netizen mempertikaikan adakah selebriti tersebut terlalu hebat dan berbakat sehingga mendapat bayaran yang begitu tinggi?

johan teater rm160,000

Ketanya, selebriti itu meminta bayaran tinggi sebab mempunyai tanggungan yang besar. Pelbagai spekulasi timbul dan ada yang mengaitkan nama Johan Raja Lawak dan isterinya, Ozlynn adalah selebriti yang dimaksudkan memandangkan mereka kini sedang menjalani latihan untuk sebuah teater.

Advertisement

Bagaimanapun, Ozlynn menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai  tuduhan tidak berasas. Hanya sekadar spekulasi sahaja.

johan dibayar rm160 ribu teater

Kenapa tak tanya (pelakon) Janna Nick atau Syafiq Kyle? Sebab mereka berdua pelakon utama teater itu? Kami watak sampingan sahaja. Dialog tak banyak. Lagi pun suami saya hanya penyampai radio sahaja.

Warga maya boleh cakap apa sahaja. Kalau mereka cakap begitu, saya anggap ia satu doa. Mana tahu betul-betul mereka bayar kami RM160,000, ia rezeki anak.

johan ozlynnTerdahulu, apabila nama Johan dikaitkan sebagai artis yang dibayar RM 160,000, beberapa pihak mula mempertikaikan bayaran tersebut terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan bakat lakonannya.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
August 16th, 2019

Bukan senang sebenarnya hendak berlakon teater, mental dan fizikal kena kuat. Biasanya pelakon-pelakon harus menjalani latihan berbulan lamanya untuk menjayakan sebuah teater. Mengasah bakat mereka untuk memberikan yang terbaik buat penonton nanti.

Baru-baru ini, ada khabar mengatakan seorang selebriti dibayar RM160,000 untuk berlakon dalam sebuah teater yang bakal dipersembahkan tidak lama lagi.

Advertisement

Menurut satu sumber lain, katanya selebriti itu meminta bayaran tinggi sebab mempunyai tanggungan yang besar.

Rata-rata netizen juga tertanya siapa agaknya selebriti tersebut? Bila dengar jumlah itu, mesti terbayang betapa hebatnya dia kerana mendapat bayaran yang begitu lumayan. Bukan biasa-biasa kata orang. Mungkin juga setimpal dengan watak yang diberikan dan segala penat lelah untuk berlatih?

Apa-apa pun sudah rezekinya untuk menerima bayaran tinggi dan harapnya hasil yang dipersembahkan nanti juga adalah yang terbaik serta boleh memukau penonton.

Sumber Berita : Facebook

Advertisement