Written by Bella | October 20th, 2016

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tanggal 18 Oktober lepas telah menolak saman yang dikemukan oleh penulis novel popular, Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari terhadap Grup Buku Karangkraf dan syarikat penerbitan filem Tarantella Pictures tahun lepas.

Sekitar bulan Februari tahun lepas, Fauziah telah mendakwa pihak Grup Karangkraf dan Tarantella Pictures tidak meminta beliau sebarang kebenaran untuk mengadaptasi novel tersebut kepada filem sedangkan beliau adalah pemilik hak cipta karya Ombak Rindu.

Fauziah juga mendakwa jalan cerita Ombak Rindu telah diubahsuai tanpa kebenaran bliau juga.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak saman Fauziah selaku plaintif atas alasan plaintif telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Grup Buku Karangkraf yang ketika itu dikenali sebagai Alaf 21 Sdn Bhd.

Amelia turut memerintahkan Fauziah membayar kos RM40,000 kepada Grup Buku Karangkraf dan Tarantella Pictures Sdn Bhd masing-masing selaku defendan pertama dan kedua.

Melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Fauziah dengan Alaf 21 pada 2002, Fauziah sebenarnya telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Alaf 21.

Mahkamah juga memutuskan berdasarkan perjanjian tersebut, Alaf 21 mempunyai hak mutlak untuk mengedit, menerbitkan dan menjual karya tersebut dalam apa juga bentuk, termasuk memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, pada 2002 Fauziah menandatangani perjanjian dengan Alaf 21 berkenaan karya Ombak Rindu.

Alaf 21 Sdn Bhd pada tahun yang sama menerbitkan buku Ombak Rindu sebelum memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem pada tahun 2009.

Filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam sekitar Disember 2011 dan dibintangi pelakon hebat Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Filem itu  mendapat kutipan hampir RM10 juta.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | June 9th, 2016

Filem Ombak Rindu yang ditayangkan pada tahun 2011 memberikan impak yang besar kepada penonton sehinggakan ada yang masih mengingati setiap jalan ceritanya sehingga kini dan tidak jemu menonton filem berkenaan sekiranya ia ditayangkan semula di televisyen.

Mendapat kutipan lebih daripada RM10 juta sebelum ini, pengarahnya Osman Ali ada meluahkan hasrat untuk membuat sekuel filem Ombak Rindu.

Berbicara mengenai perkara berkenaan, pelakon utamanya Maya Karin hanya akan bersetuju untuk membawakan watak Izzah semula jika heronya Aaron Aziz dikekalkan dan mahu skrip yang mantap untuk filem berkenaan.

Paling utama, saya juga akan menimbang sebarang lamaran berlakon filem itu dengan melihat kepada skrip yang mantap, selain pengekalan pelakon sama, terutama bagi watak Hariz (lakonan Aaron). Maknanya, watak Izzah dan Hariz itu harus dijayakan pelakon asal.

Maya tidak terlalu demand dan faham bukan mudah untuk Osman Ali mengolah semula jalan cerita didalam novel untuk ditayangkan di layar perak.

Soal sama ada saya akan menerima tawaran itu atau tidak bergantung kepada bagaimana Abang Osman mencantumkan cerita seterusnya, andai dua novel susulannya disatukan. Bagi menghasilkan karya untuk filem berdurasi 90 minit daripada dua novel, memang tidak semua bahagian dapat dimuatkan.

Filem sekuel ini pastinya takkan menjadi seperti novelnya. Sudah tentu jalan ceritanya akan diubah suai. Begitu juga jika pengarah memilih novel kedua untuk lanjutan filem ini. Ada banyak perkara perlu dititikberatkan kerana hak karakter milik penulisnya dan ia tidak boleh diolah sesuka hati.

Sudah tentu pemminat filem Ombak Rindu mahu Maya dan Aaron tetap menjadi bintang utama didalam sekuel filem berkenaan. Kalau benar projek ini akan jadi, tentu ia sekali lagi boleh dapat kutipan pecah panggung.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 5th, 2016

Sejak bulan lepas , banyak juga gosip yang melibatkan nama Uqasha Senrose lebih-lebih lagi selepas mengetahui beliau membawakan watak Izzah didalam teater Ombak Rindu.

Ada yang tidak yakin dengan lakonannya dan timbul juga dakwaan bahawa Uqasha dipilih kerana penaja teater tersebut yang merupakan seorang VIP mahu Uqasha menjadi pelakon utama sebagai syarat utama penajaan beliau.

Enggan mengambil pusing dengan segala tomahan dan cacian orang ramai, Uqasha tetap ingin  menjelaskan gosip tersebut tidak benar sama sekali.

Setiap kali menerima tawaran, pasti ada cerita lain yang terpaksa saya telan. Saya terkejut apabila dikatakan tawaran membintangi Ombak Rindu datang disebabkan individu tertentu. Mereka mendakwa VIP itu tidak akan menaja sekiranya saya tidak diambil berlakon.

Semua gosip itu langsung tidak berasas. Saya menerima tawaran atas kemahuan sendiri dan bukan kerana pengaruh sesiapa. Gosip seperti ini tidak perlu timbul.

Gosip dan kontroversi adalah asam garam kehidupan sebagai selebriti, apa yang penting Uqasha Senrose harus cuba sebaik mungkin untuk membuktikan beliau layak untuk bergelar pelakon. Kalau tidak mahu orang kritik.

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | March 15th, 2016

Apabila ramai yang mengetahui Uqasha Senrose bakal membawakan watak Izzah dalam teater Ombak Rindu, aktres itu menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

Terbaru, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro,  pemilihan Uqasha  adalah atas kehendak pihak penaja  yang merupakan seorang VIP.

Jika pihak produksi mahu VIP tersebut mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk pementasan teater Ombak Rindu, mereka harus memenuhi syaratnya untuk menampilkan Uqasha sebagai watak utama.

Sejauh mana berita yang disampaikan oleh Cik Pang ini tidak kami ketahui, tetapi Uqasha harus benar-benar membuktikan beliau layak memegang watak utama dan sekaligus menutup mulut mereka yang selama ini mempertikaikan bakatnya. Ini lah peluang Uqasha.

Sumber Berita : Harian Metro