December 20th, 2018

Berita pemergian Allahyarham Muhammad Adib  yang meninggal dunia akibat kecederaan parah dipukul ketika insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman memberikan kesan yang cukup mendalam buat rakyat Malaysia.

Paling membuatkan netizen sedih apabila melihat beberapa foto kad undangan perkahwinan arwah dan tunangnya, Nurul Najihah yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini.

Turut meluahkan kesedihannya, pelakon dan penyanyi Nur Fazura menerusi akaun Instagramnya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan pada masa yang sama menyatakan hasratnya untuk membantu Nurul sekiranya memerlukan.

Fazura menyifatkan Nurul seorang insan yang kuat dan mendoakan wanita itu dapat menjalani ujian tersebut dengan tabah.