July 9th, 2020

Kecoh sebelum ini bertindak berpakaian wanita di Mekah ketika mengerjakan Umrah, usahawan terkemuka tanah air, Nur Sajat sekali lagi seakan sengaja mencetuskan kontroversi dan kembali menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya yang agak keterlaluan di laman Instagramnya baru-baru ini.

nur sajat pu amin

Bagaimanapun, posting yang menerima pelbagai kecaman daripada para pengikut di laman tersebut mendapat perhatian daripada Pencetus Ummah (PU) Amin yang menzahirkan rasa kesal dengan tindakan Sajat.

Menerusi muat naik di Instagram PU Amin, beliau dilihat seakan menyeru orang ramai untuk melancarkan boikot buat usahawan tersebut atas dasar mahu membanteras kemungkaran. Malah, mengakui akan tetap menjalankan tanggungjawabnya demi anak keturunannya.

“Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!”

https://www.instagram.com/p/CCXHKKRn9cB/

Menurutnya, masih ramai yang memuja dan membeli barangan keluaran “wanita” itu biarpun Sajat sudah secara terang-terangan tidak mengikut fitrah asalnya apabila berani berpakaian wanita dan masuk ke Tanah Suci tanpa rasa bersalah.

“Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji , masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini. Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya.”

nur sajat pu amin

PU Amin dikhabarkan turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas serta bertindak dengan memadam segala platform media sosial milik Sajat.

Bagaimanapun, bukan sekadar mengecam tindakan Sajat semata-mata, PU Amin juga turut mendoakan agar diri usahawan tersebut menyedari bahawa segala perbuatannya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam agar segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

February 3rd, 2020

Kes Nur Sajat menunaikan ibadah umrah dengan berpakaian lengkap seperti seorang wanita, kini semakin serius. Bukan sahaja dia didakwa telah mencemarkan Tanah Suci, tetapi ia turut memberikan impak negatif kepada rakyat Malaysia yang mungkin akan menghadapi masalah untuk menunaikan umrah selepas ini.

Terbaru, pihak Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan umrah Sajat bersama keluarga dan rakan-rakannya sudah mengambil tindakan susulan atas insiden yang berlaku dan nasihat melalui Mutawif yang bertugas di Makkah.

Pihak mereka juga sudah melaporkan perbuatan Sajat memakai pakaian wanita dan bertelekung itu kepada pihak Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan selanjutnya.

agensi pelancongan lapor konsulat kes sajat

Menurut pihak Albayt, mereka sudah memaklumkan kepada pihak pelanggan terdapatnya perbezaan pengurusan dan tatacara hukum hakam ibadah umrah serta ziarah mengikut jantina asal mereka. Namun, apa yang dilakukan oleh Sajat adalah di luar jangkaan.

Malah, mereka juga sudah menasihati usahawan tersebut agar tidak memuat naik atau mempublisitikan ibadah umrah tersebut di media sosial kerana tidak mahu timbul sebarang salah faham berikutan status jantinanya yang sehingga kini masih menjadi teka-teki dan pastinya isu berkenaan akan menyentuh sensitiviti ramai pihak.

Terdahulu, agensi pelancongan itu tampil menjelaskan usahawan itu mengikut garis panduan pemakaian yang ditetapkan semasa proses perlepasan di lapangan terbang.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Tanah Suci Sajat “menukar identiti” menjadi “wanita” semula.

Sumber Berita : Harian Metro

February 3rd, 2020

Tindakan Nur Sajat menunaikan ibadah umrah seperti wanita, lengkap dengan tudung, purdah serta telekung mengundang kontroversi. Ramai yang tidak puas hati dengannya kerana seakan mempermainkan agama.

sajat umrah

Ada yang berpendapat, jika dia tipu mengenai soal jantinanya yang sebelum ini dikatakan sebagai lelaki, itu antara Sajat dan Tuhan. Namun, rata-rata netizen tidak boleh menerima cara usahawan itu yang “mencemarkan” bumi Makkah dan Madinah iaitu dua tempat paling suci bagi umat Islam. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan serius perlu diambil.

Pelbagai kecaman yang dilemparkan kepada Sajat ada yang telah membuat laporan terus kepada kerajaan Arab Saudi untuk mereka mengambil tindakan terhadap Sajat dan rakan-rakannya.

polis arab cari sajat polis arab cari sajat

Polis arab cari Sajat?

pu amin

Kontroversi Sajat berpakaian wanita di Tanah Suci bukan sahaja tular di tanah air, malah kini telah diketahui pihak berkuasa Arab Saudi. Perkara tersebut diceritakan oleh Pencetus Ummah Amin yang kini berada di Tanah Suci mengiringi jemaah sebagai mutawif.

Menurut PU Amin, pihak polis memberikan amaran supaya tidak melakukan perkara-perkara tidak dibenarkan dan dilaknat Allah SWT. Jangan cemarkan tempat suci dan ibadah.

polis arab cari sajat

Apa yang lebih membimbangkan, jika perbuatan itu tidak dihentikan ia akan turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.

Hal seperti ini memang sangat mengecewakan, dahulu golongan “mak nyah”, transgender dan apa sahaja panggilan mereka pergi menunaikan umrah untuk bertaubat dan bukannya berlaku seperti kes sebegini. Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib sekali lagi menyiasat identiti sebenar Sajat. Harus diketahui umum agar tidak lagi mencetuskan kekeliruan dan fitnah.

February 3rd, 2020

Masih lagi hangat diperkatakan mengenai kontroversi Nur Sajat yang kini sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Semalam, viral foto Sajat dan dua orang rakannya ketika di lapangan terbang lengkap dengan memakai jubah lelaki dan tidak mengenakan tudung.

Difahamkan, dia pergi ke Tanah Suci sebagai jemaah lelaki, namun apabila tiba di Makkah dia mengubah semula penampilannya menjadi seorang wanita. Memakai jubah labuh, tudung dan purdah.

sajat lelaki

sajat umrah

Tindakan Sajat itu menimbulkan amarah netizen yang menyifatkannya seakan mempersendakan agama. Hal seperti ini memang sangat mengecewakan, tindakan “mak nyah” atau apa sahaja gelaran mereka menjejakkan kaki ke tempat suci bukanlah satu perkara main-main.

Kalau persenda agama, pasti dah dapat bala

Menjawab kecaman netizen, Sajat menafikan dia sengaja mempermainkan agama. Sekiranya benar dia buat begitu, pastinya Allah SWT sudah menurunkan bala terhadapnya yang kini berada di Tanah Suci Makkah. Pasti dia sudah mendapat balasan.

sajat umrah

sajat bala

Buat apa pakai tudung awal-awal

Sajat turut menjawab persoalan netizen mengenai penampilannya sebelum ke Makkah yang memakai jubah lelaki.

sajat umrah perempuan

sajat tunai umrah

Terdahulu, rata-rata netizen meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap Sajat. Tidak boleh memandang remeh isu ini agar tidak lagi mencetuskan kekeliruan dan fitnah.