July 9th, 2020

Kecoh sebelum ini bertindak berpakaian wanita di Mekah ketika mengerjakan Umrah, usahawan terkemuka tanah air, Nur Sajat sekali lagi seakan sengaja mencetuskan kontroversi dan kembali menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya yang agak keterlaluan di laman Instagramnya baru-baru ini.

nur sajat pu amin

Bagaimanapun, posting yang menerima pelbagai kecaman daripada para pengikut di laman tersebut mendapat perhatian daripada Pencetus Ummah (PU) Amin yang menzahirkan rasa kesal dengan tindakan Sajat.

Menerusi muat naik di Instagram PU Amin, beliau dilihat seakan menyeru orang ramai untuk melancarkan boikot buat usahawan tersebut atas dasar mahu membanteras kemungkaran. Malah, mengakui akan tetap menjalankan tanggungjawabnya demi anak keturunannya.

“Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!”

https://www.instagram.com/p/CCXHKKRn9cB/

Menurutnya, masih ramai yang memuja dan membeli barangan keluaran “wanita” itu biarpun Sajat sudah secara terang-terangan tidak mengikut fitrah asalnya apabila berani berpakaian wanita dan masuk ke Tanah Suci tanpa rasa bersalah.

“Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji , masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini. Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya.”

nur sajat pu amin

PU Amin dikhabarkan turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas serta bertindak dengan memadam segala platform media sosial milik Sajat.

Bagaimanapun, bukan sekadar mengecam tindakan Sajat semata-mata, PU Amin juga turut mendoakan agar diri usahawan tersebut menyedari bahawa segala perbuatannya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam agar segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.


3 responses to “PU Amin Tak Putus Asa Ajak Netizen Boikot Nur Sajat”

  1. Najib Razak says:

    tar snake tunjuk totey tak nak boikot ke….tanya je…biar pukul rata nak boikot2 ni

  2. Siti Husnul Khotimah Binti Zulqarnain says:

    mengikut hawa nafsu tak kan ke mana.. jangan tunggu dapat sakit baru nak bertaubat.. tohmahan daripada org lain bukan alasan utk melakukan perbuatan haram.. kecantikan yg kamu kejar takkan kekal.. tak lama lagi kamu akan mati dan menemui Tuhan

    ramai yg sesal sebab tukar jantina..

    manusia harus dinilai daripada aspek iman, ilmu dan akhlaknya.. bukan atas dasar cantik.. cantik yg kamu kejar itu hanya kepalsuan semata. dan itu takkan beri kamu kebahagiaan yg tulen

    Kebahagian tulen hanya dicapai apabila Allah redha dgn kamu.
    bertaubatlah sebelum terlambat.

    berhentilah show off dlm melakukan perbuatan haram. Allah itu Memerhati dan memberi masa pada hamba-Nya. Tapi jika tetap berdegil, nantikanlah azab di dunia dan akhirat.

    Malaysiakini BEHENTILAH dari menjaja kisah LGBT tak senonoh ini. Jika anda masih manusia, kesopanan adalah aspek utama yg harus anda jaga.

    ikuti pengakuan Cikgu Jefri di sini, yang dahulunya pondan , kini sudah kembali ke jalan yg benar

    https://www.facebook.com/suaraniqabismalaysia/photos/a.213503056041969/562069944518610/

  3. Anonymous says:

    die ni suko sajat ni. die je selalu bg perhatian kat sajat. klu tak sajat sendu dah skrg tapi die mention jadi viral balik

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...