July 11th, 2020

Susulan tindakan usahawan sensasi Nur Sajat tampil memuat naik foto dan video hanya memakai bikini di akaun Instagramnya yang disifatkan agak melampau dan keterlaluan, perkara itu mendapat perhatian pendakwah, Ustaz Abu Syafiq yang bangkit menyeru orang ramai supaya berhenti mengutuk mahupun menghina “wanita” terbabit.

ustaz abu syafiq henti hina sajat

Perkara itu tercertus apabila Usaz Abu dikhabarkan menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang memintanya untuk menegur ahli perniagaan itu.

Ujar Ustaz Abu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menghina Sajat sebaliknya mendoakan yang baik-baik agar suatu hari nanti drinya akan memperoleh hidayah.

https://www.instagram.com/p/CCbAoF6jm-K/

“Sajat juga manusia biasa tidak terlepas dari dosa dan noda.”

ustaz abu syafiq henti hina sajat

Meskipun begitu, Ustaz Abu turut menyeru agar memberikan teguran kepada Sajat dengan cara berhemah. Malah, dirinya bagai mendakwa ramai individu bergelar ustaz dan PU namun tidak berhikmah dalam berdakwah.

Bagaimanapun, Ustaz Abu sempat berpesan sebelum menunding jari kepada kepada Sajat, pandang pada diri sendiri terlebih dahulu dan bertaubat.

ustaz abu syafiq henti hina sajat

“Tegurlah dia dengan berhikmah. Ramai juga yang bergelar Ustaz dan PU namun tidak berhikmah dalam berdakwah. Sebelum nak tunding jari pada Sajat. Jangan lupa 4 jari pada diri dulu. Bertaubatlah.”

Terdahulu, PU Amin dan PU Syed antara barisan pendakwah yang menyeru orang ramai supaya memboikot produk dan perniagaan milik Sajat. Malah lebih perit, turut menggesa pihak PDRM dan JAKIM segera mengambil tindakan sewajarnya ke atas usahawan tersebut.

July 9th, 2020

Kecoh sebelum ini bertindak berpakaian wanita di Mekah ketika mengerjakan Umrah, usahawan terkemuka tanah air, Nur Sajat sekali lagi seakan sengaja mencetuskan kontroversi dan kembali menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya yang agak keterlaluan di laman Instagramnya baru-baru ini.

nur sajat pu amin

Bagaimanapun, posting yang menerima pelbagai kecaman daripada para pengikut di laman tersebut mendapat perhatian daripada Pencetus Ummah (PU) Amin yang menzahirkan rasa kesal dengan tindakan Sajat.

Menerusi muat naik di Instagram PU Amin, beliau dilihat seakan menyeru orang ramai untuk melancarkan boikot buat usahawan tersebut atas dasar mahu membanteras kemungkaran. Malah, mengakui akan tetap menjalankan tanggungjawabnya demi anak keturunannya.

“Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!”

https://www.instagram.com/p/CCXHKKRn9cB/

Menurutnya, masih ramai yang memuja dan membeli barangan keluaran “wanita” itu biarpun Sajat sudah secara terang-terangan tidak mengikut fitrah asalnya apabila berani berpakaian wanita dan masuk ke Tanah Suci tanpa rasa bersalah.

“Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji , masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini. Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya.”

nur sajat pu amin

PU Amin dikhabarkan turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas serta bertindak dengan memadam segala platform media sosial milik Sajat.

Bagaimanapun, bukan sekadar mengecam tindakan Sajat semata-mata, PU Amin juga turut mendoakan agar diri usahawan tersebut menyedari bahawa segala perbuatannya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam agar segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

July 9th, 2020

Kecoh beberapa hari ini apabila pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat telah dihentam hebat oleh netizen kerana tindakannya memuat naik video sedang memakai bikini di instagram.

Ketika ditemui Harian Metro, Sajat mengatakan itu merupakan haknya untuk berpakaian seperti itu dan dia cuma ingin menjadi diri sendiri. Menurutnya lagi, dia bukanlah melakukan perkara yang tidak elok tetapi hanya berniat untuk berkongsikan apa yang suka dipakai.

Menyedari ramai di luar sana yang kurang senang dengan penampilannya itu, namun dia menegaskan masih berpegang teguh dengan agama yang dianutinya iaitu agama Islam.

“Saya bukan melacur atau menjual diri di laman sosial tetapi hanya berkongsi apa yang saya suka pakai dan hanya menghargai kecantikan yang dimiliki. Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada agama saya,”

Dia yang mendakwa sering berkongsi mengenai kehidupan peribadi dan perniagaannya di media sosial turut suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta pelbagai perkara lagi.

View this post on Instagram

Rasa macam nak demam pulak hari ini???

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

Sajat juga berharap mereka di luar sana tidak menilai dan menghakiminya hanya kerana satu perkara yang salah di mata masyarakat di luar sana sehingga melupakan kebaikan yang dilakukannya sebelum ini.

“Saya hanya jadi diri sendiri, dan janganlah kerana imej seksi habis lupa kebaikan yang saya pernah buat sebelum ini. Saya tak faham bila pakai macam ni semua nak boikot saya seolah-olah saya buat kesalahan yang sangat besar. Tapi bila saya hulurkan bantuan kepada orang miskin, tiada siapa sokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula,”

View this post on Instagram

Rasa macam nak demam pulak hari ini???

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

 Mengakui terkilan kerana merasakan dirinya menjadi mangsa sedangkan di luar sana masih ramai lagi yang berpakaian seksi di media sosial, Sajat walau bagaimanapun tidak berniat sama sekali untuk menaikkan kemarahan rakyat Malaysia.

Dia turut meminta maaf kepada rakyat Malaysia sekiranya dia telah mengguris hati mana-mana pihak.

“Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak, saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat untuk bangkitkan kemarahan sesiapa. Saya berkongsi gambar itu semata-mata untuk berkongsi hasil yang saya peroleh daripada produk yang saya jual,” – Nur Sajat

May 15th, 2020

Hanya sekadar mahu berkongsi sepotong video di laman Instagram miliknya, usahawan kosmetik popular, Nur Sajat dikecam teruk oleh netizen.

nur sajat

Video yang memaparkan dirinya berpakaian menjolok mata sambil berjalan sakan di pusat membeli belah menimbulkan rasa kurang senang para pengikutnya.

Sajat yang mengenakan baju paras pusat dan berseluar ketat mencuri perhatian netizen, malah beliau juga didakwa seakan tidak menghormati bulan Ramadan.

Perkongsian itu juga dihujani komen negatif sehingga ada yang menyeru supaya Sajat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Malah ada juga pengikutnya yang seakan pelik dengan bentuk badan Sajat.

Sehingga kini, video yang mendapat ratusan ribu jumlah tontonan itu difahamkan terus dibanjiri pelbagai riaksi malah ada juga dalam kalangan pengikutnya turut melontarkan kata-kata kesat kepada Sajat.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Sajat difahamkan berpakaian wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan umrah di tanah suci.

Kontroversi berkenaan juga turut mengundang pelbagai riaksi daripada pelbagai pihak. Tindakannya itu dikatakan telah memberi imej buruk kepada agama dan negara.

Bagaimanapun Sajat tampil memohon maaf secara terbuka dan turut menyatakan  yang dirinya tidak mempunyai niat lain, malah hanya mahu mendekatkan diri dengan agama dan memberi fokus untuk beribadah sahaja.