March 31st, 2017

Terus-terang, dalam masyarakat kita, agak susah untuk melihat bekas suami dan bekas isteri boleh ada hubungan yang agak baik selepas penceraian berlaku. Namun, buat Jejai dan Nora, mereka enggan lagi mengenangkan apa yang terjadi di masa lalu. Tindakan Jejai yang hadir pada majlis perkahwinan Nora dan Nedim semalam nyata menunjukkan bekas suami dan bekas isteri mampu untuk menjadi kawan.

Bukan itu sahaja, Jejai turut memuat naik ucapan mendoakan kebahagiaan Nora dan Nedim.  Rata-rata netizen yang membaca ucapan tersebut memuji Jejai sebagai seorang “gentleman” dan agak “sporting”.

Berikut antara komen netizen:-

Malah, Nedim juga mengucapkan terima kasih kepada Jejai atas doa agar rumah tangga yang dibina dengan Nora akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Wah! Kami harus akui, kami juga begitu respek dengan sikap Jejai. Semoga selepas ini, Jejai pula bertemu dengan wanita yang tepat buat dirinya dan mampu untuk menikmati kebahagiaan bersama sehingga akhir hayat.

March 30th, 2017

Sekitar jam 8.37 malam tadi, pelakon Nora Danish akhirnya sudah sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri dengan dua kali lafaz selepas 3 tahun bercinta.  Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah bertempat di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur secara tertutup.

Nora dan Nedim dinikahkan oleh jurunikah Khairul Asyraf Ahmad dan pengantin perempuan turut menerima mas kahwin berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Kedua-duanya tampak segak dan anggun dalam persalinan warna putih. Untuk pengetahuan semua, busana yang dipakai oleh Nora adalah daripada koleksinya sendiri, Owl By ND.

Pasangan ini berharap perkahwinan yang dibina kali ini dapat berkekalan sehingga akhir hayat dan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan lagi cahaya mata selepas ini.

Ia seperti impian jadi nyata dengan penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu momen ini untuk disatukan dengan belahan jiwa. Harap semua dapat doakan kebahagiaan saya dan suami.

Jom lihat beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Nora dan Nedim dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Instagram HLIVE / #nenosaysido

March 30th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli, Nora Danish dan Nedim Nazri yang baru sahaja sah bergelar suami isteri sebentar tadi dengan dua kali lafaz. Majlis akad nikah pasangan ini diadakan di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh sanak saudara, rakan artis dan rakan rapat Nora dan Nedim.

Turut hadir bersama ialah bekas suami Nora, Jejai yang juga begitu “sporting” untuk merakam Insta Live sepanjang majlis akad nikah berlangsung.

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Nora Danish dan Nedim. Semoga ikatan yang terjalin ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.