Written by Bella | January 1st, 2018

Sedang hamil 7 bulan dan sudah mengetahui jantina anaknya, pelakon Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri bagaimanapun membuat keputusan untuk merahsiakan jantina anak mereka daripada umum.

Nora mahu perkara itu menjadi kejutan buat peminat dan hanya akan mendedahkannya sebaik sahaja beliau melahirkan anak keduanya itu.

Saya rasa lebih baik tunggu selepas bayi selamat dilahirkan barulah kami memberitahu jantinanya. Lagipun saya mahu ia menjadi kejutan buat semua peminat. Namun begitu, saya secara peribadi tidak kisah sama ada bayi lelaki atau perempuan asalkan sihat walafiat.

Tentu sekali ramai peminat Nora yang sudah tidak sabar melihat wajah bayi artis pujaan mereka itu. Semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | January 1st, 2018

Gara-gara posting Insta Story Nedim Nazri yang menunjukkan isterinya, Nora Danish berkerusi roda, pelakon wanita itu menerima pelbagai kecaman daripada netizen sehingga dituduh sebagai pemalas.

Walaubagaimanapun, Nora menjelaskan beliau sebenarnya mengalami masalah tulang pinggul dan tidak dibenarkan berjalan selama tiga minggu.

Mengandung pada usia sudah lebih 30 tahun agak berbeza berbanding kandungan pertama ketika usia 20an. Kandungan saya lebih besar kali ini sehingga saya alami masalah tulang pinggul dan tidak boleh berjalan selama tiga minggu.

Mungkin sudah lali dengan kecaman netizen, Nora memberitahu beliau sedikit pun tidak peduli dengan komen-komen negatif  yang dilemparkan kepadanya.

Saya tidak baca komen-komen yang mengacau jiwa dan saya tidak kisah apa yang mereka nak katakan. Biasalah netizn akan kata macam-macam, saya nak hidup dalam keadaan positif.

Setiap wanita yang hamil pasti akan mempunyai pengalaman yang berbeza terutama sekali dari segi kesihatan. Perkara seperti ini sebenarnya biasa sahaja cuma sebagai selebriti Nora mendapat perhatian ramai. Tidak perlu rasanya untuk menuduh mahupun mengecam beliau.

Sumber Berita : mStar Online

Written by AbangNara | September 14th, 2017

Memang ramai yang tidak sabar untuk mengetahui kesahihan khabar angin kehamilan pelakon comel, Nora Danish. Khabar angin ini mula bertiup selepas Nora Danish berkongsi gambarnya di majlis pernikahan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella yang menampakkan dirinya sedikit berisi dan seolah-olah ada “baby bump” di bahagian perutnya. Ada netizen yang terlebih teruja sehingga mengucapkan tahniah walaupun tiada sebarang pengesahan daripada Nora Danish.

nora danish

Buat masa ini, empunya badan masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan rasmi tentang khabar angin kehamilannya. Itu satu perkara biasa, lebih-lebih lagi jika ia masih di peringkat awal. Jadi diharap para peminat Nora Danish dapat bersabar. Insya Allah tak lama lagi Nora Danish akan berkongsi berita gembira itu. Kata Nora Danish:-

Bukan niat saya mahu mengelak atau sengaja mengunci mulut. Saya lebih selesa untuk tidak terburu-buru. Saya bukan lari atau mengelak, sebaliknya belum bersedia untuk mengulas. Saya akan berkongsi perkara ini kepada umum, tidak lama lagi

nora danish

Sama-sama kita doakan agar Nora Danish dan Nedim Nazri dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Insya Allah. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | September 10th, 2017

Cekap sungguh mata para netizen yang mengikuti Nora Danish di Instagram. Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pelakon tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella, perubahan tubuh badan dan bahagian perut Nora Danish yang kelihatan seperti ada “baby bump” telah menjadi topik perbualan para netizen.

nora danish mengandung

Malah ada netizen yang telah membuat tanggapan sendiri dan terus mengucapkan tahniah kepada Nora Danish dan Nedim Nazri. Fuh!!! Memang ramai yang tak sabar nak melihat Nora danish mengandung. Sabar ye semua. Selagi belum ada pengesahan daripada empunya badan, kita doakan yang baik-baik sahaja. Semoga Nora dan Nedim dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata.

nora danish mengandung

Apa-apa pun, Abang Nara percaya yang Nora dan Nedim pasti akan berkongsi berita kehamilan apabila mereka sudah bersedia. Sama-sama kita nantikan. Lagi beberapa gambar terbaru Nora Danish dengan membaca artikel ini sepenuhnya.