Written by Bella | October 21st, 2015

Masih lagi mesra bersama walaupun sudah putus cinta, Nora Danish akui hubungan beliau bersama Nedim Nazri adalah sesuatu yang agak rumit dan hanya berpisah untuk sementara waktu bagi mencari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka.

Nora pada masa yang sama juga memberitahu beliau dan Nedim mungkin sahaja akan berkahwin.

Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah.

Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan. Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan.

Bagaimanapun saya harap orang ramai  jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin.

Gosip Nora dan Nedim kembali bercinta mula menjadi viral selepas apabila sebuah foto yang dikongsikan oleh Nora dan juga Ashraf Sinclair di Instagram mencetuskan spekulasi mereka kini sedang bercuti bersama di Bali, Indonesia.

Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula. Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya. Ashraf pula bergambar dengan Nedim.

Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah.

Owh, putus sementara sahaja, kan senang bila Nora Danish sudah menjelaskan perkara sebenar, tidak lah peminat berfikir perkara yang bukan-bukan selepas melihat kemesraan beliau dengan Nedim.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | October 3rd, 2015

Umum mengetahui percintaan Nora Danish dan Nedim Nazri sudah berakhir, walaubagaimanapun ada ura-ura mengatakan mereke sebenarnya sudah kembali bercinta namun Nora menafikan perkara tersebut.

Terbaru,  peminat sudah mula syak mereke sudah bersama kembali apabila sebuah foto yang dikongsikan oleh Nora dan juga Ashraf Sinclair di Instagram mencetuskan spekulasi mereka kini sedang bercuti bersama di Bali, Indonesia.

Hurm..memang musykil juga betul ke mereka berdua ni dah sah putus cinta? Ataupun Nora dan Nedim berjumpa secara kebetulan sahaja? Ermm, kalau pergi bersama kenapa nak sorokkan  perkara tersebut hanya kerana takut peminat akan kritik anda berdua. Tak apalah, kita tunggu sahaja penjelasan Nora nanti mengenai perkara berkenaan.