Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Peminat Jangan Terkejut Jika Satu Hari Nanti Saya Berkahwin Dengan Nedim – Nora Danish

Masih lagi mesra bersama walaupun sudah putus cinta, Nora Danish akui hubungan beliau bersama Nedim Nazri adalah sesuatu yang agak rumit dan hanya berpisah untuk sementara waktu bagi mencari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka.

Advertisement

Nora pada masa yang sama juga memberitahu beliau dan Nedim mungkin sahaja akan berkahwin.

Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah.

Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan. Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan.

Bagaimanapun saya harap orang ramai  jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin.

Advertisement

Gosip Nora dan Nedim kembali bercinta mula menjadi viral selepas apabila sebuah foto yang dikongsikan oleh Nora dan juga Ashraf Sinclair di Instagram mencetuskan spekulasi mereka kini sedang bercuti bersama di Bali, Indonesia.

Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula. Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya. Ashraf pula bergambar dengan Nedim.

Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah.

Owh, putus sementara sahaja, kan senang bila Nora Danish sudah menjelaskan perkara sebenar, tidak lah peminat berfikir perkara yang bukan-bukan selepas melihat kemesraan beliau dengan Nedim.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top