June 8th, 2020

Pelakon kecil molek, NoorKhiriah mengakui dirinya terkadang buntu melayan permintaan peminat yang memohon bantuan dari segi kewangan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurutnya, dia tidak dapat membantu kesemuanya kerana dirinya sendiri tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Malah, ada yang menyuruh Noorkhiriah membayar sewa rumah mereka.

View this post on Instagram

Akak pun kering dik.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

“Kalau ada pasti saya bantu. Tapi yang minta bayarkan rumah sewa saya tak dapat bantu. Terus – terang sebab saya pun tiada pendapatan tetap,”

Perkara tersebut telah diluahkan pelakon telemovie filem Nur ini di laman instagram miliknya.

Entri tersebut ternyata telah mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya terkesan dengan impak wabak pandemik COVID-19 ini. NoorKhiriah dan peminat yang mengikuti posting berkenaan juga turut mendoakan semoga mereka yang sedang dalam kesulitan akan dipermudahkan segala urusan.

Advertisement
May 30th, 2020

Berhasrat menjadikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jenazah, pelakon Noorkhiriah berniat mahu menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada umum.

noorkhiriah

Menurut Khiriah, tindakan itu merupakan salah satu usaha yang mampu dilakukan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Berita itu dikongsikan pelakan drama Nur ini di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Alhamdulilah lepaskan kerana Allah..akak sayang,maka akak jadikan 🚗 blkg ni #vanjenazah.Bagi yg memerlukan dialu2kan..Perkhidmatan Percuma #vanjenazah @nurbykhiriah..InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak gitau..Tkasih juga pada yg menyumbang #tiadadayadanupayamelainkandenganizinAllah

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah.”

Tambah Khiriah, beliau akui dirinya tidak kaya malah bijak mengambil inisiatif ini untuk meninggalkan harta ini buat semua andai beliau dijemput Ilahi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengiutnya menghargai perjuangan yang dilakukan Khiriah untuk kebaikan bersama.

noorkhiriah

Malah wujud segelintir netizen yang memuji perancangannya itu dan menyifatkan peribadi Khiriah sebagai selebriti yang berhati mulia.

Terdahulu sekitar tahun 2016, Khiriah difahamkan mahu mengundur diri daripada industri seni, namun kembali aktif semula selepas dirinya dikhabarkan mendapat tawaran melakonkan watak yang sesuai dengan keperibadiannya.

Advertisement
March 16th, 2020

Susulan penularan wabak Covid-19 yang kian mengganas, baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa semua perhimpunan membabitkan orang ramai  atau tempat padat termasuk aktiviti keagamaan ditangguhkan bagi mencegah jangkitan wabak tersebut.  Bagaimanapun, masih ada pihak yang berdegil dan seakan tidak mengendahkan segala amaran.

noorkhiriah

Kecoh di media sosial kini apabila pelakon Noorkhiriah dikatakan masih berdegil dan ingin menyertai sebuah program usrah yang akan diadakan malam ini.

Ada juga individu yang bimbang dan tidak berani untuk menyertai sebarang kuliah ketika situasi merbahaya ini, tetapi Khiriah membalas komen berkenaan dengan menyatakan “Allah ada”.

noorkhiriah allah ada noorkhiriah noorkhiriah

Allah suruh jaga diri

noorkhiriah allah ada noorkhiriah allah ada noorkhiriah allah ada noorkhiriah allah ada

Rata-rata netizen bengang dengan “alasan” yang diberikan oleh pelakon itu. Memang benar sebagai seorang yang beragama Islam kita harus yakin dengan Allah SWT tetapi kenapa pula masih ingin berdegil mempertaruhkan nyawa sendiri dan orang lain ketika keadaan virus sedang merebak dengan teruk.

Tawakal, berdoa agar dilindungi tidak salah, tetapi mungkin dalam situasi ini kita kena guna juga logik akal dan berusaha untuk mencegah diri dari melakukan perkara yang hanya akan mendatangkan kemudaratan.

Advertisement
December 26th, 2018

Lama tidak muncul di kaca TV sejak membintangi drama Nur, pelakon Noorkhiriah yang aktif membuat ulasan produk di akaun Instagram disindir sudah semakin ‘sendu’.

Percaya rezeki itu ada dimana-mana, beliau bagaimanapun tidak kisah dengan pandangan negatif orang ramai terhadapnya. Apa salahnya memanfaatkan peluang yang ada?

Saya percaya apa yang dibuat pasti memberi perspektif baik atau buruk kepada orang yang melihatnya. Mungkin ada yang menganggap saya seperti meraih simpati apabila tiada tawaran berlakon hingga sanggup buat ulasan produk atau perkhidmatan di Instagram. Tak kisahlah apa orang nak cakap, saya hanya cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang ada sebaik mungkin.

Saya hanya menghebahkan sesuatu barangan atau servis dengan kelebihan yang ada. Selebihnya, saya percaya rezeki sudah tertulis untuk kita semua.

Syarikat produk atau perkhidmatan memberitahu mereka mendapat perhatian yang lebih hasil perkongsian saya. Itu sudah membuatkan saya bersyukur. Setidak-tidaknya, perniagaan mereka maju dan ada rezeki dikongsi.

Bukan tidak menerima sebarang tawaran lakonan tetapi Noorkhiriah memilih untuk menolaknya. Buat masa ini beliau sedang menunggu penggambaran drama Nur 2 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement