“Jangan Bangga Sangat, Ada Hati Yang Menderita” – Noorkhiriah Bagi Pesanan ‘Pedas’ Untuk Isteri Kedua Abang Tesla?

Hiburan

“Jangan Bangga Sangat, Ada Hati Yang Menderita” – Noorkhiriah Bagi Pesanan ‘Pedas’ Untuk Isteri Kedua Abang Tesla?

Menerusi Instagram, pelakon wanita Noorkhiriah memberi ulasan tentang isu beristeri lebih daripada satu atau poligami dipercayai ditujukan kepada Abang Tesla.

Kata aktres hebat itu, pada zaman sekarang ada lelaki yang menjadikan ‘tambah isteri’ sebagai content sedangkan dulu dulu selalunya suami takut mahu menduakan isteri sehingga merahsiakan perkahwinan.

Advertisement

abang tesla kahwin 2
9 months ago

"Setia Pada Satu, Curang Akan Rosakkan Hubungan & Bisnes" - Video Lama Abang Tesla Tular Semula

Tambahnya, meskipun dia tidak berada di tempat isteri pertama namun Khiriah percaya hati wanita berkenaan sangat terluka dengan apa yang berlaku.

Saya dapat rasa betapa retaknya hati dia sampailah nanti dia akan dapat satu kekuatan satu masa nanti untuk berfikir.”

Khiriah juga turut menasihati para wanita untuk tidak terlalu mudah menyukai lelaki berstatus suami orang terutamanya yang kaya.

Bukan itu sahaja, aktres berusia 46 tahun tersebut turut mengingatkan mana-mana wanita yang merupakan isteri kedua agar tidak berasa bangga.

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Cuma nak pesan jangan bangga sangat, ada hati yang menderita.”

noorkhiriah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...