Written by Bella | January 19th, 2018

Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila turut tidak terlepas dengan soalan tentang cahaya mata. Ramai yang tidak sabar untuk melihat “hasil cinta” mereka yang pasti akan kelihatan comel.

Terbaru, menerusi ruangan Forum Cari, ada seorang ustaz memberikan gambaran bahawa isteri Sharnaaz sedang hamil dengan serta meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki tersebut.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Sharnaaz dan Noor Nabila belum mengesahkan berita kehamilan tersebut.

Jika berita ini benar,  kami ucapkan tahniah kepada Sharnaaz dan isteri. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Sumber Berita : Forum Cari

Written by Bella | May 31st, 2017

Setiap pasangan yang baru berkahwin, pasti mahu bermanja antara satu sama lain, begitulah juga pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.

Semalam, Sharnaaz ada memuat naik video isterinya itu sedang bermanja dengan memeluknya di akaun Instagram beliau. Tidak disangka, video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata menyifatkan pasangan tersebut cukup romantis bersama.

Walaubagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju dengan tindakan Sharnaaz berkongsi video mesra beliau bersama Noor Nabila di media sosial meskipun hubungan mereka sudah halal.

Berikut video yang dimuat naik oleh Sharnaaz : –

Ini pula komen netizen di Instagram Sharnaaz :-

Mungkin ada video yang tidak perlu dikongsi bersama peminat dan hanya untuk tatapan dan momen peribadi pasangan suami isteri. Takut nanti timbul spekulasi dan mengundang percakapan orang. Apa pula pendapat anda?

Written by Bella | March 14th, 2017

Bakal bernikah pada 31 Mac ini, pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila nampaknya sedang rancak membuat persiapan terakhir menjelang hari bahagia mereka.

Menerusi akaun Instagram Nabila, beliau menarik perhatian ramai apabila memuat naik video kad jemputan perkahwinannya yang tampak eksklusif serta mewah dengan bertatahkan batu Swarovski. Rata-rata peminat memuji betapa cantiknya kad jemputan perkahwinan mereka dan ada yang memberikan komen agar segala persiapan pasangan ini untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Sharnaaz dan Nabila sudah bercinta hampir dua tahun lamanya. Mereka mula berkenalan sekitar tahun 2015. Kemudian Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik pada 18 Disember tahun lalu.

Amboi, boleh tahan mewah kad jemputan Sharnaaz dan Nabila. Kalau kad jemputan sahaja dan eksklusif, pasti majlis perkahwinan mereka juga lebih gah. Apa-apa pun, semoga majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar dan kami mendoakan perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Written by Bella | January 16th, 2017

Dalam masa dua bulan lebih sahaja lagi, pelakon Sharnaaz Ahmad akan melangkah ke alam rumah tangga bersama kekasihnya Noor Nabila. Meskipun tampak macho dan “steady” daripada luar, Sharnaaz bagaimanapun akui beliau rasa berdebar menjelang hari pernikahannya.

Saya akui saya rasa berdebar. Kadangkala saya rasa sukar untuk tidur dan melelapkan mata. Makin lama makin susah. Apa yang saya risaukan pun, saya sendiri kurang pasti. Selalunya, kalau saya tahu apakah punca yang membuatkan saya rasa resah, saya akan selesaikannya secepat mungkin. Tapi kali ini berbeza kerana saya rasa blur tanpa sebab.

Sharnaaz kini sudah melakukan persiapan untuk bergelar suami dan turut mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah satu perkara yang mudah.

Tarikhnya semakin hampir. Saya sedar yang selepas ini tanggungjawab menjadi semakin besar. Selepas berkahwin, saya harus bekerja lebih kuat untuk isteri dan keluarga. Tidak hanya melakukan persiapan perkahwinan, saya juga mendekatkan diri kepada Allah sebagai persediaan untuk bergelar suami. Saya sendiri tidak menyangka saya akan berkahwin. Rasanya baru semalam saya masuk ke dalam industri ini.

Selepas dua tahun bercinta, Sharnaaz pada 18 Disember 2016 telah mengambil keputusan untuk merisik Noor Nabila.

Tanpa mengikat tali pertunangan, Sharnaaz dan Noor Nabila bakal diijabkabulkan pada 31 Mac ini di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Lumpur.

Sumber Berita : Astro Gempak