August 8th, 2020

Kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor mengakui lebih selesa dengan status dirinya kini sebagai ibu tunggal.

Bekas isteri kepada Sharnaaz Ahmad ini menjelaskan dia masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya itu. Dalam pada itu, Nabila turut memberitahu masih ada segelintir di luar sana yang mengharapkan mereka berdua kembali bersama sebagai suami isteri.

View this post on Instagram

Nyawa ??

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

“Ada yang mengharapkan kami kembali bersama selepas melihat hubungan kami baik. Sejujurnya hubungan kami sudah lama berbaik demi anak. Kalau ada jodoh, Insya-Allah. Tapi rasanya saya lebih selesa untuk meneruskan hidup sendiri buat masa sekarang. Saya serta Sharnaaz pun sudah ‘move on’ dan fokus kami sekarang ialah anak, Jebat Jayden,”

Dia telah ditemui ketika majlis pengumuman Neelofa sebagai duta rantau Asia Tenggara untuk jenama kecantikan antarabangsa, Lancome di One Utama, Petaling Jaya, semalam.

Menurut Nabila lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana Sharnaaz sangat komited memberikan komitmen sebagai seorang bapa kepada anak mereka meskipun sudah tidak bersama lagi.

View this post on Instagram

Trick or treat ?

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

View this post on Instagram

With u im a rich father.. love u son @jebatjayden

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

 Dia juga tidak kisah apabila bekas suaminya itu meluangkan masa bersama si kecil Jebat hampir setiap hari kerana baginya, anak mereka berhak mendapat kasih sayang secara sama rata meskipun sudah bercerai.

Mengimbas kembali, Nabila dan Sharnaaz yang sebelum ini berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berumur dua tahun. Namun, pada 9 Julai lalu, pasangan ini telah sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendaah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber : Media Hiburan


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...