April 7th, 2020

Tidak sampai setahun berkahwin, mahligai yang dibina oleh penyanyi Nonny Nadirah hancur musnah dan dia sah bercerai pada tahun lalu. Keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukanlah sesuatu yang mudah.

nonny nadirah

Terbaru, menerusi akaun Instagramnya Nonny berkongsi kisah disebalik saat duka ketika bercerai dan beberapa lagi kisah peribadinya.

Dia turut memuat naik videonya yang menangis ketika membuat persembahan. Difahamkan, ia sehari selepas dia diceraikan.

“Pagi kena Perform, petang semalam baru kena cerai”

nonny nadirah kongsi kisah peribadi

Kongsi kisah peribadi untuk wanita diluar sana yang ditindas jadi lebih kuat

nonny nadirah kongsi kisah peribadi nonny nadirah kongsi kisah peribadi

Nonny berkongsi kisah peribadinya itu bukanlah untuk meraih perhatian atau simpati tetapi berharap agar wanita lain di luar sana yang ditindas dan dibuli menjadi lebih kuat, bersemangat untuk bangkit daripada kesengsaraan.

Jika buntu, jangan segan kembali pada Allah SWT

nonny nadirah kongsi kisah peribadi

Menurut Nonny, jika sudah terlalu buntu, janganlah segan untuk kembali kepadaNya dan memohon pertolongan untuk terus tabah menghadapi segala ujian.

Tambah Nonny lagi, dia masih berada di fasanya tersendiri dan hanya Allah SWT Maha Mengetahui.

Nonny pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2018 bersama seorang penerbit di sebuah stesen televisyen selepas sembilan tahun menyulam cinta. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan perkahwinannya itu bertahan tidak sampai setahun.

May 29th, 2019

Tindakan pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah memuat naik foto lelaki yang dikatakan seorang pelakon kaki perempuan mencetuskan spekulasi hangat di media sosial kini.

Nonny meminta agar lelaki berkenaan bertanggungjawab dengan perbuatannya yang sudah menghamilkan seorang wanita.

Menurut Nonny lagi, lelaki yang dikenali sebagai Mr AA itu sudah berkahwin tetapi seorang yang suka berfoya-foya dan beberapa kali berlaku curang dengan isterinya. Sering menggunakan ayat-ayat manis untuk mempermainkan hati dan memperdayakan wanita.

Aduhai, satu demi satu kes kecurangan didedahkan, siapa pula Mr AA  ini?

Sumber Berita : mStar Online

May 7th, 2019

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah terkejut apabila darah keluar dari mulutnya tanpa henti dengan kuantiti yang banyak secara tiba-tiba.

Perkara itu agak pelik kerana beliau berada dalam keadaan sihat, langsung tiada batuk dan berlaku ketika beliau sedang duduk, tidak melakukan apa-apa. Nonny berkongsi video kejadian aneh itu menerusi akaun Instagramnya semalam.

Rata-rata netizen risau dengan keadaan Nonny dan meminta beliau untuk segera mendapatkan rawatan di hospital dan mendoakan agar beliau segera pulih.

Tidak mustahil, tekanan dan cuaca panas boleh menjadi faktor darah tersebut keluar. Apa-apa pun, kami doakan agar Nonny dijauhkan daripada perkara pelik dan tabah menghadapi dugaan.

March 26th, 2019

Bekas peserta Akademi Fantasia, Nonny Nadirah sebelum ini mengakui beliau sudah bercerai. Belum setahun berkahwin, Nonny memberitahu keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukan sesuatu yang mudah. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan tarikh sebenar perceraian tersebut.

Terbaru, dalam temu bual bersama portal Media Hiburan, Nonny yang masih lagi cuba untuk mengumpul semangat melalui fasa perceraian mendedahkan salah satu punca beliua bercerai adalah akibat perbuatan sihir pemisah.

Memang benda itu wujud, kita tahu benda sihir dan ghaib ini memang wujud. Saya percaya sihir yang paling jahat adalah sihir pemisah dalam rumah tangga. Ya, saya percaya memang ustaz pun ada bagi tahu benda ini memang ada dalam rumah tangga saya.

Akan tetapi saya tak nak salahkan ataupun saya tak nak percaya 100% sebab itu saya perbaiki diri saya. Saya minta dengan Allah, kalau betul ada yang dengki ataupun yang memang ada berbuat jahat ke atas perhubungan kami berdua, tolong tunjukan jalan keluar.

Bukan mudah untuk menempuhi dugaan ini, mungkin pada luarannya Nonny nampak kuat tetapi hakikatnya hati beliau rapuh.

Sihir ini memang ada dan percayalah walaupun dalam zaman serba moden ini masih ada lagi manusia yang penuh hasad dengki dan cemburu sanggup menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain ataupun membuat seseorang itu jatuh sakit.

Sumber Berita : Media Hiburan