Written by Bella | November 24th, 2015

Chef selebriti yang mula terkenal selepas menyertai program Masterchef Malaysia musim pertama Nik Michael Imran telah selamat bergelar suami kepada Siti Nadiah, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Mines, Seri Kembangan pada jam 9 malam semalam.

Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga serta saudara kedua-dua belah pihak serta rakan artis sahaja. Pihak media tidak dijemput kerana Nik mahu mengadakan satu majlis intim dan sederhana. Antara rakan artis yang hadir adalah Yasmin Hani dan Sazzy Falak.

Memang saya tak jemput media kerana majlis yang diadakan malam tadi bersifat intim, peribadi dan sangat kecil. Teman Chef saya pun ada yang tak dapat diundang. Saya ada juga menjemput rakan media tetapi atas kapasiti kawan dan bukannya bekerja. Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami.

Berbicara tentang isterinya, Nik memberitahu beliau sudah mengenali Nadiah sejak tahun 2005 lagi dan wanita tersebut merupakan cinta pertama beliau sewaktu di sekolah menengah dahulu.

Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya.

Tahniah kami ucapkan buat Nik Michael Imran dan pasangan. Semoga rumah tangga anda kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Berita Harian

 
Written by AbangNara | February 17th, 2014

Kalau otai sudah bersuara, pastinya pendapat itu harus didengar dan dijadikan panduan. Terbaru mengenai akaun Instagramnya, Chef Wan telah pun menyuarakan pendapatnya mengenai salah satu rancangan masakan tempatan yang dikendalikan oleh Nik Michael Imran. Panjang lebar luahan hati Chef Wan dan Abang Nara ada bersetuju dengan beberapa “point” beliau.

chef wan sindir nik michael

Antara yang menarik ialah pemilihan hos rancangan yang baru setahun jagung namun dibolehkan kerana mempunyai “rupa”. Sedangkan menurut Chef Wan, dirinya dahulu perlu melatih “skill masakan” terlebih dahulu sebelum mempunyai program TV sendiri. Sedikit sedutan tulisan Chef Wan untuk tatapan anda:-

Jika kita tengok kan CV mereka pengalaman dah la kurang, asal kan ada ” Rupa” boleh host terus jadi Celebrity Chef. Dulu2 kita nak belajar memasak dari orang yg tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya mcm orang tua kata la, dah banyak makan garam.

Tapi these days yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain. How is these possible? Bukan ke dunia memasak ini has to do with skill labour? Yang Menang Master Chef baru setahun jagung pun dah keluar buku masak sendiri pada hal pengalaman didalam dunia culinary mereka sangat lah kurang.

But what to do semua ini ada lah kesilapan TV station itu sendiri yg keluar kan TV Chef hari ini asal kan dapat la tampa memikir kan the Quality and skill of that host itself.

chef wan sindir nik michael

Apa pendapat anda mengenai kata-kata Chef Wan? Bagi Abang Nara Chef Wan bukanlah seorang yang cakap sesuka hati namun segala kata-katanya adalah berdasarkan pengalaman yang cukup lama di dalam bidang masakan. Namun dunia sekarang ini memang nak cepat sahaja lebih-lebih lagi dengan kewujudan begitu banyak program realiti. Baca artikel ini sepenuhnya untuk luahan hati penuh Chef Wan.