Chef Nik Michael Imran Sah Bergelar Suami Kepada Siti Nadiah

Hiburan

Chef Nik Michael Imran Sah Bergelar Suami Kepada Siti Nadiah

Chef selebriti yang mula terkenal selepas menyertai program Masterchef Malaysia musim pertama Nik Michael Imran telah selamat bergelar suami kepada Siti Nadiah, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Mines, Seri Kembangan pada jam 9 malam semalam.

Advertisement

Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga serta saudara kedua-dua belah pihak serta rakan artis sahaja. Pihak media tidak dijemput kerana Nik mahu mengadakan satu majlis intim dan sederhana. Antara rakan artis yang hadir adalah Yasmin Hani dan Sazzy Falak.

Memang saya tak jemput media kerana majlis yang diadakan malam tadi bersifat intim, peribadi dan sangat kecil. Teman Chef saya pun ada yang tak dapat diundang. Saya ada juga menjemput rakan media tetapi atas kapasiti kawan dan bukannya bekerja. Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami.

Berbicara tentang isterinya, Nik memberitahu beliau sudah mengenali Nadiah sejak tahun 2005 lagi dan wanita tersebut merupakan cinta pertama beliau sewaktu di sekolah menengah dahulu.

Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya.

Tahniah kami ucapkan buat Nik Michael Imran dan pasangan. Semoga rumah tangga anda kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...