Written by AbangNara | December 29th, 2013

Meriah sungguh majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang telah dilangsungkan semalam di Selingsing, Pasir Puteh. 10 ekor lembu telah ditumbangkan untuk menjamu para tetamu yang hadir. Namun yang pastinya, kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz telah memeriahkan lagi majlis ini.

gambar resepsi fizo omar

Secara jujur, Abang Nara suka melihat Fizo Omar kerana dia adalah seperti seorang ikon kepada remaja Malaysia. Bermula dengan lakonan, kini Fizo telah mempunyai empayar perniagaannya sendiri. Bukan mudah, namun sikap Fizo yang tidak pernah putus asa dan gigih berusaha harus dicontohi ramai.

gambar resepsi fizo omar

Apa pun semoga dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz, majlis resepsi perkahwinan Fizo dan Mawar lebih diberkati dan dirahmati. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 11th, 2012

Hanya tinggal lebih kurang 18 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan Khairul Fahmi Che Mat(Apek) dan Leuniey. Di waktu ini, Apek sedang sibuk menjalani latihan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Thailand.

nik aziz nikah

Pastinya Apek tersenyum girang apabila Pejabat Menteri Besar Kelantan mengesahkan yang Tuan Guru Nik Aziz sendiri akan menikahkan dirinya dengan Leuniey pada 28 Disember kelak. Hal ini telah disahkan oleh ayah Leuniey kepada portal Murai:-

Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi.

Semoga majlis pernikahan Apek dan Leuniey kelak akan berjalan dengan lancar. Teringat kenangan Abang Nara ketika majlis pernikahan. Habis darah naik ke muka sehingga pucat lesi dibuatnya. Semoga Apek menggunakan pengalamannya beraksi di “big match” untuk menghilangkan darah gemuruh. Good luck and all the best. Kredit foto The Photolicious.

P/S : Ada plan nak gi korea next year?? Deal terbaik Abg Nara rasa sebab diorang naik MALAYSIA AIRLINES!! Lawati FB dan LIKE pelangibonda utk package terbaik dari ladang! SEGERA KERANA SEAT SEMAKIN BERKURANGAN.

Written by serenity | March 15th, 2012

Mungkin masih ada yang belum melihat gambar-gambar dari majlis resepi Datuk Malek Noor dan isteri, Datin Dr. Wan Azma, jadi kami paparkan di sini. Majlis berlangsung pada malam 12 Mac lepas di Hotel Rennaissance.

Photobucket
Antara yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar pada HuruHara Community.

 
Written by AbangNara | March 14th, 2012

Agak lambat Abang Nara mendapat tahu mengenai kehadiran pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih iaitu Oki Setiana Dewi ke Kelantan minggu lepas. Kehadiran Oki adalah untuk menghadiri Program Hari Hiburan Islam anjuran kerajaan Kelantan. Oki sempat bertemu dengan Menteri Besar Kelantan malah sempat mengikuti kelas pengajian kita oleh Tuan Guru Nik Aziz.

oki setiana dewi

Paling menarik, Oki Setiana Dewi sempat mendeklamasikan sajak yang selepas program Bicara Selebriti. Sajak seperti di bawah ini menceritakan tanggapan Oki Setiana Dewi terhadap negeri Kelantan.

oki setiana dewi

Oki Setiana Dewi yang sememangnya bercita-cita menjadi artis semenjak kecil pernah membatalkan hasrat tersebut apabila mula memakai tudung pada usia 16 tahun. Namun begitu ternyata rezeki Oki Setiana Dewi masih terbuka luas walaupun bertudung apabila ditawarkan untuk berlakon filem Ketika Cinta Bertasbih. Kini selain berlakon, Oki Setiana Dewi turut aktif menulis dan aktif berkongsikan pengalamannya di ceramah-ceramah.

oki setiana dewi

Lagi beberapa gambar Oki Setiana Dewi dengan membaca entri ini sepenuhnya.