May 6th, 2016

Baru-baru ini rupa Scha Al-Yahya disamakan dengan seorang bapok oleh sesetengah pengikutnya di Instagram apabila beliau memuat naik video ketika sedang disolek dan didandan di laman sosial berkenaan.

Isu tersebut menjadi cukup hangat apabila ia turut mengundang rasa marah Awal Ashaari terhadap mereka-mereka yang lancang dalam berkata-kata dan menghina wajah isterinya itu.

Tidak mahu netizen terus mengkritik Scha, jurusolek Tiar Zainal tampil memberi penjelasan bahawa wajah Scha yang digelar seperti bapok itu sebenarnya solekan yang belum lagi selesai.

Solekan yang dikatakan seperti bapuk itu sebenarnya belum siap lagi dan kalau tengok solekan selepas itu berbeza daripada dalam video yang dimuat naik Scha. Lagi pula pencahayaan bilik ketika itu terlalu ‘keras’ sehingga solekan tidak seimbang.

Solekan itu dilakukan bagi program Gempak Superstar yang berlangsung hujung minggu lepas dan menurut Tiar Zainal, gaya solekan itu bersesuaian untuk acara di televisyen.

Solekan ada beberapa jenis dan mengikut kesesuaian acara mereka, jika untuk hadir majlis biasanya kita solek tipis sahaja. Bagi solekan untuk sesi fotografi majalah dan muncul di televsyen pula berbeza. Kita akan solek tebal agar lebih kelihatan menonjol di dalam televisyen.

Sudah berpengalaman selama 16 tahun sebagai jurusolek dan sembilan tahun menjadi jurusolek tetap kepada Scha Al-Yahya, Tiar Zainal sedikit pun tidak terasa hati dengan komen-komen orang ramai yang mempersoalkan hasil kerja beliau.

Wajah Scha selepas sudah siap disolek

Itulah korang, tahu hendak kritik sahaja. Dah nama pun video ketika beliau sedang solek tentu ia belum siap seratus peratus. Yang hina Scha Al-Yahya bapok haritu mesti diam seribu bahasa dah kan? Macam mana kita tidak suka akan seseorang, jangan pernah hina ciptaan Tuhan.

Sumber Berita : mStar Online

May 2nd, 2016

Pagi tadi Scha Al-Yahya ada memuat naik video ketika rambut beliau sedang didandan di akaun Instagram miliknya. Niat untuk berkongsi gaya rambut beliau itu bertukar menjadi medan untuk netizen mengritik rupa paras beliau.

Boleh tahan juga kritikan yang ditujukan kepada Scha, sampai ada yang sanggup menghina hidung Scha kembang dan beliau seperti bapok (pondan).

Tidak dapat menahan amarah saat membaca komen yang jelas menghina isterinya, Awal Ashaari telah membalas komen-komen negatif berkenaan.

Jelas Awal, lebih baik untuk jadi seorang bapok daripada menjadi lelaki ataupun perempuan yang berhati busuk.

Kadang-kadang bila lihat komen netizen ini, mereka seakan main cakap  sahaja sehingga tidak perasan bahawa diri mereka sebenarnya bukanlah sempurna 100 peratus. Kalau dah hina bentuk hidung Scha, ia ibarat mempersoalkan ciptaan Allah SWT. Bersabarlah Scha dan Awal, jangan dilayan mereka yang pandai menghina, diorang sebenarnya cemburu kerana tahu Scha seorang yang cantik dan popular.