Written by Bella | July 7th, 2015

Mengambil keputusan untuk tidak terlalu mendedahkan kisah percintaan mereka, ramai yang masih tertanya-tanya tentang perancangan masa depan Qi Razali dan Nelydia Senrose.

Pernah mengeluarkan kenyataan untuk memperisterikan Nelydia, Qi mengakui beliau sudah mula melakukan persiapan perkahwinan secara perlahan-lahan dan  keluarga beliau sudah bertemu dengan ibu bapa Nelydia sebaik sahaja mereka pulang daripada mengerjakan umrah.

Qi juga menjelaskan sejauh mana kebenaran khabar angin mengatakan mereka akan mengikat tali pertunangan selepas Aidilfitri ini.

Persiapan tu sentiasa dalam proses. Mungkin juga seperti baru nak tengok-tengok cincin. Ya, ibu Nelydia sudah pulang dari Mekah dan perbincangan dengan keluarga dia pun sudah di buat tetapi kalau tentang tarikh tu belum ada lagi.

Lagipun sebolehnya kami tak mahu bercerita sangat tentang perkara ini sebab ia masih dalam perancangan. Kita beraya dulu. Lepas itu baru kita tengok macam mana. Apabila sudah betul-betul pasti nanti saya akan kongsikan dengan semua. Tiada niat nak sorok atau buat senyap-senyap.

InshaAllah kami mendoakan agar niat Qi Razali untuk menjadikan Nelydia Senrose sebagai teman hidupnya berjalan dengan lancar. Perbezaan umur bukan penghalang untuk mereka berdua membina rumah tangga yang bahagia.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 

 

 

Written by Bella | March 26th, 2015

Nelydia Senrose dan Qi Razali merupakan pasangan romantis dan menjadi tumpuan ramai. Sama cantik dan sama padan kata orang. Sudah lama menjalinkan hubungan cinta, Qi sebelum ini telah meluahkan hasratnya untuk bertunang dengan Nelydia bagi mengelakkan kontroversi dan bakal menghantar rombongan meminang tidak lama lagi.

 Dihimpit pelbagai persoalan adakah perkara tersebut benar, Nelydia mengatakan buat masa ini  berita itu tidak benar kerana Qi tidak menghantar sebarang rombongan kepada pihaknya. Nelydia sebolehnya tidak mahu memberikan komen secara terperinci kerana hal tersebut dinyatakan oleh Qi sendiri dan pihaknya tidak mendapat kepastian.

Semua itu bergantung kepada takdir. Seperti yang saya katakan, perkara ini agak sensitif sekiranya sering dibangkitkan daripada pihak saya. Sebagai perempuan, rasanya isu perkahwinan wajar ditanyakan kepada pihak lelaki selain dipandang tidak manis oleh masyarakat jika saya terus bersuara.

Dalam kenyataan sebelum ini, Qi juga mengatakan keputusannya itu akan  mendekatkan dirinya untuk mendirikan rumah tanggan dan sekaligus melangkah satu tapak ke fasa seterusnya dalam perhubungan mereka.

Kalau sudah ada niat untuk bertunang, lebih baik di percepatkan perkara yang baik. Bak kata orang putih, “ action speaks louder than words”. Lagipun usia Qi sudah cukup matang dan sesuai untuk mendirikan rumah tangga, kata orang dah puas berseronok. Sudah boleh pikul tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga.

Sumber Berita: Malaysian Digest

Written by Bella | March 13th, 2015

Menjalani kehidupan sebagai selebrti dan menjadi antara pasangan yang popular di tanah air pastinya pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose dihimpit pelbagai gosip dan kontroversi. Ingin mengelakkan diri daripada perkara tersebut, Qi bakal mengikat tali pertunangan dengan Nelydia tidak lama sahaja lagi.

Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan diharapkan selepas bergelar tunang dapat mengurangkan cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu.

Sudah bercinta lebih dua tahun lamanya, Qi yang mengakui belum mempunyai rencana khusus untuk berkahwin berkata, keputusan ini sekurang-kurangnya akan mendekatkan dirinya untuk mendirikan rumah tanggan dan sekaligus melangkah satu tapak ke fasa seterusnya dalam perhubungan mereka.

Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia.

Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumahtangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi.

Pertunangan Qi Razali dan Nelydia Senrose sudah lama dinantikan oleh peminat. Tambahan pula, Qi boleh dikatakan sudah  berumur dan sudah boleh menjadi seorang ketua keluarga. Iyalah, mungkin sahaja Nelydia tidak pernah membicarakan soal perkahwinan, tetapi hati wanita mana yang tidak menginginkan sesebuah hubungan itu beakhir ke jinjang pelamin?

Sumber Berita: Murai