September 24th, 2019

Baru-baru ini selebriti popular, Neelofa berkongsi foto ketika dia menghadiri Milan Fashion Week di Itali. Mengenali Neelofa, ramai yang tahu dia gemar untuk mencuba pelbagai fesyen unik. Namun, busana yang digayakan Neelofa semasa acara tersebut mengundang kritikan ramai.

neelofa milan fashion week

Kalau sekali pandang, memang nampak sopan tetapi apabila Neelofa duduk, kelihatan kainnya terangkat dan mendedahkan sedikit auratnya. Fuh! Tajam betul mata netizen.

neelofa seksineelofa

Rata-rata netizen berkata penampilan Neelofa ketika majlis itu tidak sesuai bagi seorang wanita bertudung apatah lagi sudah bergelar ‘Hajjah’.

Netizen dakwa Neelofa belum sedia

berhijab?

neelofa belum sedia berhijab

“Fashion Victim”

neelofa neelofa seksineelofaneelofa

Kita fikir positif, mungkin Neelofa pun tidak perasan busana yang digayakan akan jadi sebegitu, terselak dan kemudiannya menjadi kontroversi pula. Apa-apa pun, kami respek Neelofa seakan tidak mempedulikan setiap kecaman yang dilemparkan kepada dirinya dan terus yakin mencuba pelbagai fesyen.

 

March 2nd, 2015

Fesyen baju merah Neelofa ketika Anugerah MeleTOP Era 2015 baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi apabila rakannya sendiri telah membuat teguran secara terbuka kepada pengacara tersebut. Digelar fesyen ‘sotong‘, Neelofa tampak bengang dan kecewa dengan teguran tersebut. Malah Neelofa telah tampil membalas kritikan tersebut secara online dengan kata-kata yang tidak kurang pedasnya.
neelofaMenafikan dirinya tidak boleh menerima kritikan, Neelofa melahirkan rasa kecewa kerana teguran tersebut datangnnya daripada rakan sendiri. Lagi sedih kerana rakan tersebut boleh dikatakan rapat, malah turut mengenali keluarga Neelofa. Orang kata kalau kawan-kawan janganlah tegur secara terbuka. Whatsapp, telefon kan ada. Tak gitu? Kata Neelofa:-

Soalnya di sini, bukan saya tidak boleh ditegur atau dikritik cuma apabila kritikan itu keluar daripada mulut orang yang saya kenal baik, itu yang buat saya agak geram dan membalasnya.

Dia bukan tak kenal saya. Dia kenal keluarga saya dan kami pernah makan bersama. Malah kami juga pernah bekerja sekali. Kenapa dia perlu mengkritik di media sosial, sekaligus mengeruhkan lagi keadaan?

Saya percaya kalau dia kawan, dia boleh menegur pakaian saya menerusi mesej atau panggilan telefon. Sebab itu saya hilang pertimbangan dan membalas kritikannya.

neelofa

Abang Nara bersetuju dengan pendapat Neelofa. Namun di dunia era serba moden ini, erti persahabatan dan kawan kini menjadi semakin murah. Lebih-lebih kalau bergelar seorang selebriti. Kawan makan kawan adalah lumrah kehidupan. Bagus juga perkara sebegini terjadi. Sekurang-kurangnya Neelofa tahu siapa sebenarnya kawan, dan siapa sebenarnya lawan. Bertabahlah Neelofa. Bak kata pepatah, kawan ketawa seribu pun boleh dicari, kawan menangis, seorang pun susah nak jumpa. Apa pendapat anda? Sumber Harian Metro.