January 3rd, 2012

Pelakon ini memang sedang hangat waktu ini, tak kiralah walau apa pun yang negatif diperkatakan oleh orang ramai tentang dirinya. Neelofa telah muncul mengacarakan rancangan Nona Ahad lepas buat kali pertama. Kami berpendapat keterlibatan Neelofa dalam rancangan tersebut berkemungkinan untuk menarik minat golongan muda untuk menonton rancangan ikonik itu, dan dia dikhabarkan telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Neelofa juga telah muncul sebagai penghias muka hadapan untuk majalah Remaja bagi bulan Januari 2012:

Photobucket

Pelakon ini turut diperakui oleh majalah Media Hiburan sebagai antara artis terhangat tahun 2011 di samping Aaron Aziz, Johan As’ari, Shaheizy Sam dan Yunalis Zarai:

Photobucket

Dan semalam melalui twitternya, Neelofa telah muat naik gambarnya bersarapan pagi bersama Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah di restoran milik bapanya:

PhotobucketKami difahamkan Tun Mahathir memang sering bersarapan di restoran milik bapa Neelofa ini. Bayangkan jika Tun Mahathir bersarapan dengan anda, hati pasti berbunga-bunga jua bukan? Kami di BeautifulNara mendoakan Neelofa semoga suskses selalu dan berjaya mencapai apa yang diimpikan tahun ini.