January 3rd, 2012

Pelakon ini memang sedang hangat waktu ini, tak kiralah walau apa pun yang negatif diperkatakan oleh orang ramai tentang dirinya. Neelofa telah muncul mengacarakan rancangan Nona Ahad lepas buat kali pertama. Kami berpendapat keterlibatan Neelofa dalam rancangan tersebut berkemungkinan untuk menarik minat golongan muda untuk menonton rancangan ikonik itu, dan dia dikhabarkan telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Neelofa juga telah muncul sebagai penghias muka hadapan untuk majalah Remaja bagi bulan Januari 2012:

Photobucket

Pelakon ini turut diperakui oleh majalah Media Hiburan sebagai antara artis terhangat tahun 2011 di samping Aaron Aziz, Johan As’ari, Shaheizy Sam dan Yunalis Zarai:

Photobucket

Dan semalam melalui twitternya, Neelofa telah muat naik gambarnya bersarapan pagi bersama Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah di restoran milik bapanya:

PhotobucketKami difahamkan Tun Mahathir memang sering bersarapan di restoran milik bapa Neelofa ini. Bayangkan jika Tun Mahathir bersarapan dengan anda, hati pasti berbunga-bunga jua bukan? Kami di BeautifulNara mendoakan Neelofa semoga suskses selalu dan berjaya mencapai apa yang diimpikan tahun ini.


74 responses to “Neelofa Di Muka Hadapan Remaja Januari 2012, Sarapan Pagi Bersama Tun Mahathir”

  1. Bukan Siapa-siapa says:

    kalau tak b’gmbar dgn Tun M, mesti lopak tak pakai tube wrne htam tuh kn? msti bia nmpk lurah..knon sopan la tuh..

  2. aku_lagi_cantik_dari_Neelofa says:

    Untungnya pompuan ni dapat bersarapan dgn bekas PM dan isterinya..ntah bila pulak giliran aku dapat terserempak dan Tun M dan Dr. Siti Hasmah yg aku cintai ni…hmmmm…mudahan2 Allah makbulkan doa aku…btw..emak Neelofa mmg cantik..tu pasal anak dia cun..hehehe..tp mak aku lagi lawor dari mak Neelofa…tu pasai aku lagi cun..wakaka

Loading...