October 1st, 2018

Selalu ramai yang kata kalau janda memang ‘hot’ tetapi sekarang ini duda pun boleh tahan meletupnya. Dikatakan semakin seksi dan ‘daring’, pelakon Nazim Othman telah membuatkan ramai terpegun apabila memuat naik foto badannya yang sado siap dengan ‘six pack’.

Tentu sekali foto yang agak menggiurkan itu membuatkan wanita-wanita diluar sana ‘cair’ melihat tubuhnya yang begitu sempurna. Ada juga yang kata foto tersebut diedit tetapi majoriti netizen memuji bentuk badan beliau. Memang menjadi idaman ramai.

Kalau orang dah ‘belanja’ takkanlah tipu diri tidak mahu tengok kan? Semakin bahagia nampaknya Nazim dengan kehidupan beliau sekarang.

Advertisement