Written by Bella | December 13th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan DJ Nas-T dan Atita Haris kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Atita melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram yang diberikan nama Nas Taliyah kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Berita gembira itu diumumkan oleh Atita dan Nas-T menerusi akaun Instagram mereka. Mereka jumpa sempat berkongsi wajah anak perempuan mereka dengan peminat.

Alhamdullilah, anak mereka lahir pada hari yang penuh keberkatan sempena Maulidur Rasul. Semoga kasih sayang dan rezeki keluarga ini akan bertambah.

Written by Bella | June 23rd, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Nas-T dan Atita Haris kerana bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Berita kehamilan itu disampaikan oleh Nas-T melalui satu video yanng menunjukkan sesi  “ultrasound” yang dijalankan ke atas wanita hamil dan disertakan dengan hashtag #3months6days. Walaubagaimanapun, video tersebut yang dimuat naik di Instagram telah dipadam oleh Nas-T.

Namun, Atita juga menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik sebuah foto memberitahu beliau sedang hamil.

Wah, seronoklah Opie lepas ini kerana beliau bakal dapat adik bukan? Dah ada teman..Hehe..Sekali lagi tahniah kami kepada Nas-T dan Atita semoga  ibu dan bayi didalam kandungan sihat sentiasa.

Written by Bella | April 9th, 2016

Sejak Nas-T berkahwin dengan Instafamous Atita Haris, ada antara pengikut setia Atita mempersoalkan hubungan Nas-T dengan bekas suami isterinya itu. Timbul pula cerita yang mereka berdua tidak sebulu.

Walaubagaimanapun, Nas-T menafikan dakwaan berkenaan dan enggan mengambil pusing akan segala gosip berkenaan kisah silam isterinya kerana ingin memberikan tumpuan kepada anak tirinya Opie.

Buat Nas-T beliau ingin menjaga  Opie dengan baik dan memberikan kasih sayang seorang bapa kepada anak kecil itu.

Apa yang berlaku adalah antara Atita dan bekas suaminya. Bagi saya, apa yang penting kini adalah untuk menjadi bapa dan contoh yang baik kepada Opie. Opie masih kecil dan memerlukan belaian seorang bapa.

Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai bapa segera dan saya ingin menjadi suami serta bapa yang baik. Saya menyayangi Opie sepenuh hati dan menginginkan dia membesar menjadi orang berguna. Biarpun kami akrab, namun saya perlu disiplinkan Opie apabila perlu.

Berbicara mengenai perancangan Nas-T untuk mendapatkan cahaya mata, beliau menyerahkan soal tersebut kepada takdir.

Nas-T dan Atita pun sudah berkahwin, jadi tidak perlu lah lagi kita kaitkan Atita dengan bekas suaminya lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 23rd, 2016

Kami tahu mungkin ada yang akan kami keterlaluan menyiarkan berita pasangan Nas-T dan Atita Haris, tetapi ada juga sesetengah peminat merasakan mereka berdua ini sangat sweet dan cukup padan bersama.

Lebih-lebih lagi ketika melihat Nas-T yang begitu cintakan Atita serta sayang  dengan anak mereka Opie.

Ok lah, tidak mahu cakap banyak lagi. Jom layan dulu beberapa foto Nas-T, Atita dan Opie.