March 27th, 2018

Teka-teki mengenai nama anak perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah terjawab apabila Siti Aafiyah diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah majlis akikah dan tahnik yang diadakan hujung minggu lalu.

Seperti yang dikatakan oleh Siti Nurhaliza, nama tersebut diilhamkan ketika beliau menunaikan ibadah umrah.

Namun, tahukah anda maksud disebalik nama tersebut? Menerusi akaun Facebook, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mendedahkan maksud dan keistimewaan nama Siti Aafiyah.

Pada masa yang sama, beliau juga memuji majlis yang dianjurkan cukup sempurna kerana diisi dengan selawat dan lagu-lagu pujian ke hadrat Allah SWT dan Rasulullah S.A.W.

Semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah kepada dua ibu bapanya.

March 25th, 2018

Sudah tujuh hari bergelar ibu dan melahirkan seorang bayi perempuan comel yang menggunakan gelaran Fatimah Az-Zahra untuk sementara waktu, hari ini Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiawa bakal mengumumkan nama sebenar anak sulung mereka bersama.

Difahamkan, mereka akan mengadakan majlis tahnik dan juga maulud nabi yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman YouTube SitiOfficial Video.

Siti menerusi akaun Instagramnya juga buat pertama kali berkongsi video anaknya dengan umum. Rata-rata netizen memuji kecomelan Fatimah Az-Zahra dan wajahnya mirip sekali dengan ibunya.

Sama-sama kita nantikan nama apa agaknya Siti Nurhaliza dan Datuk K akan berikan kepada puteri mereka.

October 24th, 2017

Selama 11 tahun menanti detik untuk bergelar ibu, Datuk Siti Nurhaliza cukup teruja untuk berkongsi pengalaman dan beberapa perubahan terhadap dirinya bersama peminat menerusi akaun Instagramnya.

Siti mengalami alahan, sakit pinggang serta beberapa lagi perkara yang agak mencabar. Ia sekaligus membuatkan beliau memahami erti pengorbanan dan mengenang segala jasa ibunya dahulu yang mampu untuk melahirkan lapan orang anak.

Berikut perkongsian penuh Siti tentang kehamilannya :-

Beberapa peminat juga mendoakan agar segala proses kehamilan dan bersalin berjalan dengan lancar.

Kami yakin Siti tidak akan melupakan setiap pengalaman serta ujian ketika beliau berbadan dua.¬† Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sihat selalu. Tidak sabar rasanya kami ingin melihat wajah anak Siti yang bakal dilahirkan nanti, ibunya cantik, bapanya pula masih lagi¬† “steady”, tentu anak Siti dan Datuk K nanti mesti comel. Hehe..

October 13th, 2017

Serius Abang Nara rasa terharu sangat-sangat mendengar berita kehamilan Siti Nurhaliza. Rasa nak mengalir air mata. Selepas 11 tahun menanti, akhirnya beliau dikurniakan rezeki untuk menjadi seorang ibu. Alhamdulillah. Pengumuman n secara ‘live’ ini telah dilakukan selepas majlis doa selamat dan kesyukuran di kediaman Siti Nurhaliza dan Datuk K di Bukit Antarabangsa.

siti nurhaliza mengandung

Berikut ialah petikan daripada ucapan Siti Nurhaliza tentang kehamilannya:-

Selama empat bulan menyepi banyak berita dan spekulasi yang timbul mengenai diri saya. Namun saya tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tidak ada sebab lain, melainkan saya ingin menjaga kehamilan peringkat pertama.

Apabila disahkan hamil, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kandungan. Lagi pula ini penantian saya dan suami selama 11 tahun. Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. InsyaAllah selepas ini saya boleh fokus semula.

Diakui, ini percubaan saya yang ke beberapa kali. Alhamdulillah, kali ini Allah berikan saya rezeki ini. Ini cahaya mata yang saya impikan selama ini. Selama empat bulan saya berdiam diri dalam bilik.

Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan. Saya berharap penjelasan ini dapat merungkai segala persoalan. Diharap tidak ada lagi sebarang spekulasi timbul. Apa pun, doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar

siti nurhaliza mengandung

Tahniah sekali lagi buat Siti Nurhaliza dan Datuk K atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Tahniah!!! Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

siti nurhaliza mengandung

siti nurhaliza mengandung

siti nurhaliza mengandung

siti nurhaliza mengandung

siti nurhaliza mengandung

siti nurhaliza mengandung

siti nurhaliza mengandung

siti nurhaliza mengandung