Written by AbangNara | April 16th, 2013

Cantik sungguh nama yang diberikan kepada anak sulung Fasha Sandha dan Jejai ini. Buat anda yang tak tahu, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram telah dilahirkan secara pembedahan di Prince Court Medical Centre pada jam 9.21 pagi semalam.

gambar anak fasha sandha

Nama ini hanya berbeza satu huruf dengan anak hasil perkongsian hidup Jejai dan Nora Danish. Abang Nara yakin Rayfal akan membesar dan menjadi sahabat baik dengan Rayqal apabila dewasa kelak. Sementara itu, Fasha Sandha berterima kasih atas segala doa yang telah dipanjatkan oleh peminatnya. Kata Fasha:-

Inilah saat terindah dalam hidup kami berdua dengan menyambut kelahiran anak sulung yang melengkapkan lagi rumah tangga kami. Saya bersyukur dan berterima kasih atas segala doa yang memudahkan proses kelahiran ini.

fasha sandha anak

Semoga Rayfal akan membesar dengan sihat di samping ayah dan ibunya yang tercinta. Kepada Fasha, selamat berpantang dan tahniah sekali lagi atas kehadiran Rayfal.

Written by AbangNara | April 15th, 2013

Masih ramai yang tidak puas menatap wajah comel anak sulung hasil perkongsian hidup Fasha Sandha dan Rizal Ashram. Di bawah Abang Nara kongsikan gambar yang telah di”upload” oleh Jejai sendiri di Instagramnya.

gambar anak fasha sandha

Sekali pandang, memang mirip muka Fasha Sandha. Dengan hidung mancungnya itu, pasti anak mereka berdua akan kacak bergaya apabila meningkat dewasa kelak. Turut sama hadir ketika kelahiran ialah ibu dan bapa Jejai.

gambar anak fasha sandha

Tidak sabar rasanya untuk mengetahui nama si comel ini. Semoga putera sulung Fasha dan Jejai akan membesar dengan penuh sihat dan dilimpahi kasih sayang. Sama-samalah kita doakan. Amin ~~

Written by AbangNara | April 15th, 2013

Daripada kejauhan pun sudah nampak kecomelan anak sulung Fasha Sandha dan Jejai ini. Daripada info yang diterima, kedua-duanya kini berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

gambar anak fasha sandha

Jika anda ingin mengucapkan tahniah kepada Fasha, boleh berbuat demikian di Facebook We Love Fasha Sandha atau di Twitter Fasha Sandha. Diharap Fasha akan sudi berkongsi lebih banyak gambar si comelnya selepas ini.

Written by AbangNara | April 15th, 2013

Tanggal 15 April 2013 menjadi tarikh kelahiran bayi sulung buat pasangan Fasha Sandha dan Jejai. Bayi lelaki ini telah dilahirkan di Prince Court Medical Centre kira-kira jam 9.21 pagi tadi. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan buat Fasha dan Jejai atas berita gembira ini.

anak fasha sandha

Semoga anak sulung Fasha Sandha ini akan membesar dengan sihat dan sempurna. Kepada Fasha, tahniah dan selamat berpantang. Selamat menjadi seorang ibu. Tahniah sekali lagi.
anak fasha sandhaP.S: Fer White kini sedang meletup di pasaran. Impak yang sangat maksimum boleh dirasai kerana ia diperkayakan dengan vitamin. Hanya RM95 sahaja termasuklah free gift dan penghantaran percuma. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.