April 22nd, 2020

Nama Nabila Huda tidak asing lagi dengan lakonannya yang mantap tetapi sejak dari dulu lagi imejnya yang seksi sering diperkatakan ramai. Bagaimanapun, dia sedikit pun tidak hirau dengan kecaman dan selesa menjadi diri sendiri.

nabila huda apron

Aktif di laman sosial Instagram, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil kerap memuat naik video yang menghiburkan ramai.

Terbaru, videonya sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan membuat kecoh dan kalut apabila keknya hangus ketika leka “membebel”.

Namun, ramai yang kurang senang dengan penampilannya kali ini yang agak mencolok mata. Dia dilihat seolah-olah tidak mengenakan baju di sebalik apronnya itu.

Rata-rata netizen berkata imej seperti itu tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai. Cubalah untuk tampil lebih sopan dan jangan terikut-ikut dengan gaya orang Barat.

nabila huda apron nabila huda apron nabila huda apron nabila huda apron

Umum mengetahui Abil begitu berani untuk hidup dengan peraturan sendiri tanpa perlu risau dengan apa yang dikatakan orang ramai. Namun, ada kalanya mungkin boleh dengar juga nasihat netizen agar tidak mengundang fitnah atau salah faham.

Sumber Berita : Forum CARI

Advertisement
August 12th, 2018

Para selebriti yang dijemput hadir sebagai tetamu untuk memeriahkan lagi acara Kuala Lumpur Fashion Week 2018 pastinya tampil dengan pelbagai gaya bukan? Waktu ini lah mereka hendak tunjukkan fesyen yang unik dan sekaligus menarik perhatian ramai.

Antara selebriti yang tidak melepaskan peluang untuk menghadiri pertujukan fesyen itu ialah Nabila Huda. Mengenakan busana serba hitam dengan bertudung (scarf), penampilan pelakon wanita itu menimbulkan sedikit kontroversi.

Menerusi akaun Instagramnya, Abil menyatakan ia adalah fesyen ala-ala zaman nenek kita dahulu. Rata-rata netizen bagaimanapun tidak bersetuju dengan kata-kata Abil. Ada juga yang mendakwa anak kepada penyanyi Amy Search itu seakan mempersendakan agama.  Namun, Abil tidak berdiam diri dan membidas komen-komen yang dilemparkan kepada dirinya.

Untuk pengetahuan anda, memang ada fesyen ‘headscarf’ ini dan cukup popular di negara barat. Mungkin Abil bukanlah sengaja ingin mempersendakan agama. Walaubagaimanapun, tidak salah juga unutk netizen memberikan nasihat.

Advertisement
June 20th, 2017

Dahulu, pelakon Nabila Huda ataupun Abil sering terpalit dengan kontroversi daripada kehidupan peribadinya sehinggalah cara beliau berpakain. Namun, Abil kini memperlahankan sedikit aktiviti seninya dan tiada lagi cerita panas mengenai beliau yang menjadi perhatian ramai.

Menurut Abil yang kini sudah berusia 33 tahun, beliau kini berfikiran lebih matang dan positif dalam kehidupannya kini. Abil juga agak jarang menghadiri acara hiburan kerana tidak mahu dirinya terlalu leka dengan dunia hiburan . Buat masa ini beliau ingin memberikan fokus kepada anaknya dan rumah tangga beliau.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu dikaitkan dengan sebarang gosip dan kontroversi lagi. Pada masa sama, saya juga dah jarang menghadiri acara hiburan kerana tidak mahu terlalu khayal dengan dunia hiburan. Kalau ada kelapangan, barulah saya keluar rumah sebulan sekali untuk bertemu teman-teman rapat.

Berbicara soal cahaya mata pula, Abil dan suaminya tidak terlalu tertekan dengan soalan berkenaan dan sebenarnya masih lagi dalam “mood” bulan madu. Walaubagaimanapun, mereka tetap berdoa agar satu hari dikurniakan anak bersama.

Sebelum ini, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada 2008, namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila, 7.

Kemudian, beliau berkahwin pula dengan Mohd Izwan Johar  pada 25 Disember 2015.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
August 20th, 2015

Nabila Huda bukan sahaja terkenal kerana gosip dan kontroversi tetapi beliau juga merupakan seorang aktres yang mempunyai karismanya tersendiri. Kata orang berilah watak apa pun kepadanya pasti beliau akan berjaya membawa karakter itu dengan baik.

Mengakui sudah berada dalam zon selesa, ada yang mendakwa Nabila semakin berlagak kerana begitu cerewet untuk menerima tawaran berlakon dan terlalu memilih sesuatu watak mahupun skrip.

Memang benar saya lebih selektif menerima job berlakon sekarang ini. Tetapi ini bukan bermakna yang saya semakin berlagak. Saya mula berlakon semenjak umur 16 tahun. Sekarang saya sudah 31 tahun, rasanya setelah 15 tahun menjadi pelakon, tiba masanya untuk saya menjadi lebih selektif.

Sebab itu apabila menerima tawaran skrip yang memerlukan saya melakonkan watak yang saya rasa tidak kena dengan jiwa saya dan dirasakan tidak serasi dengan diri saya, tawaran itu akan saya tolak. Tidak kira sama ada ia dalam bentuk drama TV, filem mahupun teater.

Tambah Nabila yang mesra disapa Abil, antara sebab lain beliau terlalu selektif untuk menerima sebarang tawaran lakonan adalah demi anaknya, Keisha. Aktres tersebut mahu meluangkan masa lebih dengan anaknya yang kini sudah bersekolah.

Sekarang Keisha dah bersekolah, maka masa untuk kami berdua tidak banyak macam dulu. Jadi saya akan pilih job yang seboleh-bolehnya memberi ruang untuk saya luangkan masa bersama Keisha.

Kalau anak sudah mula bersekolah dan kita pula sibuk bekerja pasti hubungan bersama anak pun akan renggang kerana masing-masing tidak mempunyai masa kualiti bersama. Kerja itu penting tetapi anak itu juga jauh lebih penting dalam hidup kita. Selagi ada masa luangkan lah bersama mereka agar mereka merasa kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa.

Sumber Berita: Mangga Online

Advertisement