January 25th, 2016

Sejak mendirikan rumah tangga, Nabila Huda tampak cukup bahagia disamping suami tercinta Izwan Johar, sinar cinta benar-benar terpancar didalam mata mereka.

Mengakui kehidupannya kini sudah lengkap, Nabila kini sedang merancang untuk menambah cahaya mata. Mengakui mungkin ia terlalu awal untuk membicarakan soal tersebut, Nabila bagaimanapun tidak kisah jika beliau dikurniakan anak yang ramai.

Advertisement

Alhamdulillah, perkahwinan ini melengkapkan hidup saya kerana sekarang ada suami untuk sama-sama menjaga Keisha yang berusia lima tahun (hasil perkahwinan pertama). Doakan yang terbaik supaya saya dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk keluarga kecil ini.

Masih terlalu awal untuk berbicara soal zuriat, tetapi saya tidak kisah jika diberi dalam masa terdekat sebab ia adalah rezeki. Kalau dapat ramai anak pun, apa salahnya. Saya suka sebab nanti suasana dalam rumah akan jadi meriah. Apa yang datang, itulah yang terbaik daripada Allah. Semoga kami dikurniakan cahaya mata yang baik-baik.

Kalau setiap pasangan lain yang baharu berkahwin tentu mereka sudah fikirkan destinasi untuk berbulan madu, namun Nabila dan suami tidak terfikir akan hal berkenaan dan mementingkan kualiti masa bersama keluarga meskipun cuma duduk di rumah sahaja.

Advertisement

Buat masa sekarang, saya dan suami tidak terfikir langsung untuk berbulan madu. Kalau ada peluang, mungkin kami akan pergi bercuti.

Harapnya Nabila Huda dan Izwan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Jangan terlalu tertekan memikirkan soal anak dan teruskan mencintai antara satu sama lain selamanya.

Sumber Berita: Kosmo Online

Advertisement
January 4th, 2016

Beberapa tahun hidup sebagai seorang janda, Nabila Huda akui kini kehidupan beliau lengkap selepas berkahwin dengan pemilik restoran Kulcats, Mohd Izwan pada 25 Disember 2015.

Sehingga kini, beliau masih lagi menerima doa serta ucapan tahniah yang tidak putus daripada orang ramai yang ingin melihat beliau bahagia.

Advertisement

Nabila berharap beliau mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik.

Kehidupan saya sekarang lengkap. Biasalah, rutin harian memasak untuk suami dan Keisha. Saya tidak rasa terbeban kerana memang suka memasak.

Alhamdulillah tidak putus-putus doa dan ucapan tahniah diberikan semua pihak. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Saya harap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik.

Berbicara soal cahaya mata, Nabila yang mesra dengan panggilan Abil memberitahu beliau tidak kisah jika dikurniakan anak yang ramai kerana teringin untuk mempunyai keluarga besar.

Advertisement

Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di rumah bapanya, Amy Search yang terletak di Shah Alam pada 16 Januari ini.

Abil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga besama Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk bercerai. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini sudah berusia 6 tahun.

Selama ni korang nampak sahaja Nabila Huda dengan perangai beliau yang didakwa “liar” tetapi tiada siapa yang tahu sikap beliau yang cukup matang dalam perhubungan dan mempunyai jiwa yang penuh dengan sifat kekeluargaan.

Sumber Berita: Berita Harian

Advertisement