April 16th, 2018

Sudah bertahun lamanya pengacara Nabil ahmad bergandingan dengan Neelofa mengacarakan rancangan MeleTop. Namun begitu, keserasian mereka berdua menyebabkan ramai tertanya adakah Nabil terpikat dengan si cantik Neelofa.
 Kepada Media Hiburan, Nabil menyatakan yang hubungan mereka tidak lebih sekadar teman:

Kami punya hubungan sesuatu yang memang betul-betul “kau aku”. Kami pun sudah lama kenal dan mungkin sebab itulah kami boleh berkawan memandangkan saya dan dia tahu batas masing-masing.

Kita pun tahu lah taste dia macam mana. Kita ni despatch la pula.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Nabil bagaimanapun mengakui bahawa isterinya ada merasa risau di awal gandingan mereka satu ketika dahulu:

Mula-mula dulu adalah dia (isteri) risau. Tapi bila lama-kelamaan, dia pun tahu kami kerja secara profesional. Malah dia pun tahu percakapan kami pun “kau aku” saja. Tak timbul pun isu-isu macam tu.

Tak terfikir nak kahwin atau tambah isteri, yang ada seorang ni pun dah cukup. Saya sedar kemampuan diri dan belum cukup sempurna rasanya nak pegang amanah berat.

Ilmu agama pun tak banyak, jadi jangan berangan nak tambah isteri. Yang seorang ni pun tak mampu nak kawal, garang semacam, cukuplah!

MeleTOP ialah sebuah rancangan berformat hiburan yang menyiarkan carta lagu, filem serta gosip terkini di dalam dan di luar Malaysia. Rancangan berdurasi 60 minit ini bersiaran secara langsung setiap malam Selasa dan dihoskan oleh Nabil dan Neelofa sejak 2012. – beautifulnara.com