May 29th, 2020

Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air kecoh dengan berita seorang pelakon baru Shah Hazvee yang dikhabarkan telah membawa lari isteri orang yang juga merupakan bekas pengurusnya.

Walaupun pengurusnya sekarang mengatakan bahawa hal itu hanyalah salah faham namun lelaki berusia 24 tahun itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pagi tadi. Ini atas dakwaan dia memikat seorang wanita yang merupakan isteri orang selain turut mengajak mangsa melakukan persetubuhan.

Pun begitu, Shah Hazvee menafikan dakwaan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan. Jika benar kesalahan yang dilakukan terhadap wanita berusia 36 tahun itu, pelakon itu boleh dijatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

shah radhi hazvee ditahan

Meskipun Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 kepadanya tetapi peguam yang membela Shah Hazvee meminta anak guamnya itu diikat jamin sebanyak RM2,000. Tegasnya, ia bagi memastikan pelakon itu hadir ke mahkamah.

Atas permintaan itu, Shah Hazvee diberi peluang untuk diikat jamin dengan jumlah RM2,300. Difahamkan bahawa pelakon lelaki tersebut telah pun dijamin oleh kakaknya sendiri.

Nantikan perkembangan lanjut mengenai kes ini.

Sumber: BH Online

Advertisement
May 28th, 2020

Semalam kecoh apabila seorang pelakon lelaki baru yang sering muncul dalam drama tempatan didakwa membawa lari isteri orang yang juga merupakan bekas pengurusnya.

Dek gosip panas itu, netizen telah menggunakan keupayaan mereka untuk menyelidik siapakah gerangan lelaki berusia 23 tahun tersebut. Selepas berusaha keras, identiti pelakon itu berjaya dibongkarkan sebagai Muhammad Shah Radhi Hazvee.

shah radhi hazvee bawa lari isteri orang

Kisah bermula apabila seorang suami melaporkan kepada pihak polis bahawa isterinya yang berusia 24 tahun telah dibawa lari selepas wanita itu keluar rumah tanpa kebenaran bersama seorang lelaki yang dikenali.

Kata lelaki itu lagi, pelakon tersebut telah berhubung dengan isterinya dan cuba memperdaya dan memikat wanita tersebut kerana mahukan sesuatu. Dek laporan itu, pelakon baru itu dikatakan telah direman sejak Rabu sehingga Sabtu nanti bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Disebabkan berita ini kecoh di serata media sosial, pengurus pelakon tersebut iaitu Leana Sharif mengakui bahawa memang benar Shah Radhi Hazvee telah direman untuk membantu siasatan itu.

Pun begitu, pengurusnya menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini memandangkan pelakon jagaannya itu masih lagi ditahan.

“Saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan kerana tak mahu mengganggu siasatan polis. Dia akan direman selama empat hari. Selepas tempoh tahanan reman selesai, baru kami boleh keluarkan kenyataan.”

shah radhi hazvee bawa lari isteri orang

Leana juga tidak terlepas untuk membela Shah Hazvee dan menjelaskan bahawa tuduhan lelaki itu melarikan isteri orang adalah tidak benar dan bercanggah sama sekali dengan khabar angin yang bertiup kencang.

Meskipun difahamkan akan direman selama 4 hari tetapi pelakon yang pernah membintangi drama Monalisa itu dijangka akan dibebaskan hari ini.

Nantikan kenyataan lanjut megenai kes ini.

Sumber: Gempak

Advertisement