September 13th, 2019

Sekarang ini banyak betul kes penceraian dan pergaduhan melibatkan pasangan selebriti. Ada yang dah lama kahwin pun berpisah, ada yang baru kahwin pun dah sibuk turun naik mahkamah uruskan hal penceraian.

Terbaru, Lufya Omar yang terkenal menerusi kemunculannya dalam rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-6 mendedahkan bahawa dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin dengan suaminya iaitu Dr. Che Muhammad Hafiz.

lufya gaduh suami

Menurut entri itu, Lufya meluahkan cerita bahawa dia dilayan dengan teruk seawal tiga bulan selepas perkahwinan mereka. Dia yang cuba menjadi isteri solehah telah menyorokkan perbuatan suaminya itu daripada pengetahuan keluarga mereka.

Suaminya itu juga sering menyekat dan menutup sekatan pada akaun Instagramnya sesuka hati lelaki itu. Lufya menceritakan yang suaminya itu sanggup memfitnah dirinya pada keluarga mereka bagi menutup aibnya sendiri.

lufya suami

Tambahnya lagi, dia mengalami kemurungan selain badannya sentiasa sakit-sakit akibat perbuatan suaminya itu. Setelah enam kali dikhianati, Lufya tetap tabah bagi memastikan perkahwinan yang dibina selama ini tidak runtuh.

Walaupun tidak mengetahui apa yang dimaksudkan Lufya dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh suaminya itu, rata-rata netizen meluahkan sokongan kepada artis wanita itu.

lufya suami murung

Lufya berusia 34 tahun telah berkahwin dengan Dr. Che Muhammad Hafiz yang muda lima tahun daripadanya pada tahun 2016. Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dinamakan Laana Haura pada tahun lalu.

Sumber: Instagram Lufya

Advertisement
May 1st, 2018

Mungkin mahu menutup kisah lamanya yang membuatkan hati beliau kecewa, penyanyi Sufian Suhaimi kini tampil dengan imej baru. Tiada lagi jambang dan beliau kini kelihatan lebih ceria berbanding sebelum ini.

Malah, rata-rata netizen memuji penampilan terbaru Sufian yang ala-ala Kpop  dan mengakui penyanyi itu kelihatan lebih muda dan kacak.

Memang betul kata netizen, Sufian nampak lebih “fresh” dan comel sekarang, siap berani pakai baju ala-ala Hawaii lagi. Seronok juga tengok beliau yang tidak mahu terus tenggelam dalam kekecewaan.  Semoga terus bahagia.

Advertisement