‘Dress Up’ Matang Daripada Usia, Gaya Qistina Raisah Dikritik – “Terpaling Nak Dewasa”

Hiburan

‘Dress Up’ Matang Daripada Usia, Gaya Qistina Raisah Dikritik – “Terpaling Nak Dewasa”

Pelakon remaja, Qistina Raisah sekali lagi menjadi tumpuan apabila netizen mendakwa penampilannya dilihat lebih matang daripada usia.

Seperti satu video yang dimuat naik di TikTok ini, gaya fesyen pelakon berusia 14 tahun ini dikatakan jauh lebih berusia daripada umurnya yang sebenar.

Advertisement

Qistina yang memakai baju merah jambu berserta kasut tumit tinggi itu dirakam bersiar-siar bersama ibu tersayang dan sempat mempromosikan sebuah produk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan gadis yang meningkat dewasa itu semenjak dari kecil.

Namun ada juga yang mengkritik dan menegur Qistina kerana berpakaian tidak sesuai dengan umurnya yang masih muda.


Terdahulu, pelakon drama Papa Ricky ini pernah mencuri perhatian netizen apabila dia dikatakan telah disindir oleh pelakon remaja yang lain iaitu Puteri Balqis di Instagram.

suzur sofia zaiza zainal abidin
10 months ago

"Dah Cerai Lagi Teruk Perangai"- Bekas Menantu Zainal Abidin Dakwa Bekas Suami Tak Hantar Anak Ke Sekolah, Enggan Bayar Nafkah Idah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...