July 28th, 2020

Selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang ahli perniagaan, Rosland Othman di sebuah hotel di Kuala Lumpur Ahad lalu, pelakon jelita Miera Leyana yang menerima mas kahwin sebanyak RM100 beserta lima berbalas tujuh dulang hantaran menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang sempurna malah menerima ketentuan jodoh tanpa mengira usia.

miera leyana kahwin dengan ahli perniagaan

Menurut Miera, beliau sukakan lelaki yang lebih matang kerana dirinya juga telah menjejakkan kaki dalam dunia lakonan pada usia 15 tahun. Hal ini telah menjadi kebiasaan untuk dirinya bergaul dengan orang yang lebih berusia.

“Suami saya bukannya perlu duduk atas kerusi roda, dia sempurna untuk saya. bagi saya tak jauh sangat pun beza umur kami. Jodoh itu rahsia Tuhan. Age is just a number.”

Demi menghormati permintaan suami dan ahli keluarga yang mahukan privasi, Miera mendedahkan beliau langsung tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan cinta mahupun majlis peernikahan daripada pengetahuan umum.

miera leyana kahwin dengan ahli perniagaan

“Macam saya, saya pernah bercinta dan tunjukkannya kepada orang ramai. Lepas tu apabila tak jadi, ia bukan saja beri kesan kepada saya, tapi juga keluarga.”

Di samping itu, Rosland turut berkongsikan saat pertama bertemu Miera pada tahun 2016 sebelum melamarnya pada Mei lalu.

miera leyana kahwin dengan ahli perniagaan

Usahawan itu turut menyifatkan perbezaan umur membuatkan mereka berkawan rapat dan sering berkongsi cerita dan pengalaman kerjaya masing-masing.

Untuk rekod, Miera dan suami telah dinikahkan oleh bapa Miera iaitu Datuk Seri Kasmi Arsat dama sebuah majalis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja kira-kira pukul 8.45 malam.

Sumber: mStar

July 27th, 2020

Pelakon Miera Leyana kini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Roslan Othman, 40-an.

Miera,27, yang selamat menamatkan zaman bujangnya malam tadi telah bernikah dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam tadi.

Hanya dengan sekali lafaz, Miera sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya itu yang diijabkabulkan oleh bapa Miera sendiri, iaitu Datuk Seri Kasmi Arsat kira-kira pada jam 8.45 malam.

Ketika ditemui, Miera mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar dan telah disatukan sebagai suami isteri yang sah. Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu dilaporkan telah menerima mas kahwin bernilai RM100.

“Saya mengucapkan terima kasih atas doa dan restu dalam penyatuan dua hati pada malam ini. Secara jujurnya saya tak sangka akan mengahwini seorang lelaki yang pada awalnya hanya sekadar teman baik. Kami memang tak beriya-iya bercinta seperti pasangan lain, cuma saya sangat selesa berkawan dengannya,”

View this post on Instagram

Photograph by @the.affiliates I’m wearing @zaminzawani ?

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana) on

 Difahamkan, Miera dan suaminya itu mula berkenalan setelah bertemu dalam sebuah majlis pelancaran yang dihadiri mereka berdua empat tahun yang lalu.

Beribu tahniah diucapkan kepada Miera Leyana dan suami, semoga bahagia ke anak cucu hendaknya!

Sumber : Kosmo! Online