Written by Bella | June 7th, 2017

Status sebagai isteri orang serta ingin menjaga hati ibu mertuanya yang gemar menonton drama lakonannya, pelakon Maria Farida kini lebih selektif dalam memilih sesuatu watak ketika berlakon. Maria tidak mahu kelihatan terlalu seksi ataupun menggoda.

Sekarang ini saya tak boleh main ambil apa saja watak terutama karakter terlalu seksi atau menggoda. Saya perlu tapis dan tak boleh sesuka hati terima watak ditawarkan.

Sebenarnya, suami saya cukup sporting dan dia juga tak pernah cakap apa-apa. Tapi saya rasa kena jaga hati mertua kerana mereka selalu juga tengok drama lakonan saya.

Berbicara mengenai perkahwinannya pula, Maria meluahkan rasa syukur kerana kehidupannya bersama suami Datuk Rahman Shakur semakin bahagia meskipun menghadapi beberapa kontroversi yang melibatkan bekas isteri suaminya itu sebelum ini.

Terdahulu, Maria mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mohamed Mokhtar  ataupun lebih dikenali sebagai Karen Rahman dan anak perempuannya, Nur Shazleen Anis Mohd Yusoff atas dakwaan memfitnah dan mengganggu  kehidupan peribadinya.

Karen dan Nur Shazleen turut membuat saman balas terhadap Maria sebanyak RM5 juta kerana mendakwa pelakon itu membuat kenyataan media berunsur fitnah.

Sumber Berita : Sinar Harian