May 13th, 2013

Masih ingat lagi dengan beberapa video aneh yang Abang Nara pernah kongsikan sebelum ini? Ramai gila yang hantar email kepada Abang Nara untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejadian aneh ini. Ada yang kata ini adalah bukti kewujudan makhluk asing.

Akhirnya pertanyaan kita semua terjawab jua hari ini. Kesemuanya terbongkar menerusi filem pendek terbaru PETRONAS Motorsports di bawah ini.

Filem pendek ini memaparkan aksi pecutan kereta yang mendebarkan di tengah bandar bagi mengelak kapal induk dan anak-anak kapalnya. Dan kehebatan pecutan kereta ini ialah tak lain tak bukan hasil gabungan PETRONAS dan AMG. Awesome kan?

April 19th, 2013

Abang Nara memang pengguna setia minyak PETRONAS. Selain daripada mengisi minyak, Abang Nara juga selalu membeli belah di kedai Mesra PETRONAS. Beli keropok, air Nescafe, roti dan macam-macam lagilah. Memang mudah dan sangat selesa.

petronas mesra card

Dan sekarang ini Abang Nara semakin bersemangat membeli belah di kedai Mesra PETRONAS kerana ada pertandingan RACE ON: PROMOSI KEDAI MESRA yang menawarkan kereta Mercedes-Benz A class sebagai hadiah utama. Kalau menang memang bersyukur gila diri ini dibuatnya.

petronas mesra card

Yang bestnya, cara nak menyertai pertandingan RACE ON ini sangatlah mudah. Hanya perlu beli minimum 1 barangan promosi RACE ON. Tak mahal mana pun. Paling mahal pun hanya RM6.40. Berbaloi sangat dengan hadiah yang ditawarkan.

petronas mesra card

Lepas beli mana-mana barangan promosi di atas di kedai Mesra PETRONAS, anda hanya perlu menjawap 1 soalan mudah. Selesai menjawab, kepilkan resit pembelian dengan jawapan dan masukkan di dalam kotak yang telah disediakan. Tak dapat Mercedez, dapat hadiah nombor dua pun ok jugak.

petronas mesra card

Menarik kan peraduan RACE ON yang dianjurkan oleh PETRONAS Dagangan Berhad ini? Kalau di tempat tinggal anda hanya ada kedai Mini Mesra PETRONAS, jangan risau kerana anda masih boleh menyertai peraduan ini dengan membuat pembelian minimum RM15. Jangan lupa berdoa agar dimurahkan rezeki terutama ketika meletakkan borang di dalam kotak penyertaan.
petronas mesra cardJadi tunggu apa lagi? Silalah bergegas ke kedai MESRA Petronas sekarang juga kerana tarikh tutup peraduan ini ialah pada 30 April 2013. Untuk maklumat lanjut, layari laman web MyMesra.