May 13th, 2013

Masih ingat lagi dengan beberapa video aneh yang Abang Nara pernah kongsikan sebelum ini? Ramai gila yang hantar email kepada Abang Nara untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejadian aneh ini. Ada yang kata ini adalah bukti kewujudan makhluk asing.

Akhirnya pertanyaan kita semua terjawab jua hari ini. Kesemuanya terbongkar menerusi filem pendek terbaru PETRONAS Motorsports di bawah ini.

Filem pendek ini memaparkan aksi pecutan kereta yang mendebarkan di tengah bandar bagi mengelak kapal induk dan anak-anak kapalnya. Dan kehebatan pecutan kereta ini ialah tak lain tak bukan hasil gabungan PETRONAS dan AMG. Awesome kan?


Comments are closed.

Loading...