June 26th, 2013

15 Jun yang lalu, Abang Nara telah terbang ke Bali. Bukan untuk bercuti atau berbulan madu, kedatangan Abang Nara ke sini untuk menyaksikan sendiri kemeriahan BII Maybank Bali Marathon.

maybank bali marathon

Sampai sahaja di lapangan terbang kira-kira jam 4 petang, Abang Nara terus check in hotel di Kuta. Pihak penganjur menasihatkan Abang Nara untuk berehat secukupnya. Ini kerana kami akan pergi ke garisan permulaan BII Maybank Bali Marathon tepat jam 3 pagi. Fuh ~~

maybank bali marathon

Abang Nara ingatkan pasti tak ramai orang kalau datang jam 3 pagi. Rupa-rupanya Abang Nara tersilap. Sudah ada ratusan pelari BII Maybank Bali Marathon di garisan permulaan. Kesemuanya penuh bersemangat. Ada yang tengah warm up, ada yang tengah berborak-borak dan ada yang tengah berlari-lari anak.
maybank bali marathonAbang Nara yang mengantuk terus rasa teruja. Mana tak terujanya, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta BII Maybank Bali Marathon memang mengkagumkan. Abang Nara sempat borak dengan salah seorang peserta. Katanya dia sudah berada di situ bermula jam 2 pagi. Hebat kan?
maybank bali marathonSebelum marathon dimulakan, para peserta dan hadirin dihiburkan terlebih dahulu dengan persembahan tarian tradisional penduduk Bali. Menarik juga tarian yang dipertontonkan kerana ia dipengaruhi oleh agama Hindu yang merupakan agama terbesar di Bali. Lain daripada yang lain.
maybank bali marathonDebaran kian terasa sebaik sahaja persembahan tarian selesai. Untuk makluman,ada beberapa kategori yang dipertandingkan di BII Maybank Bali Marathon. Ada full marathon, half marathon, 10 kilometer, wheelchair marathon dan kategori kanak-kanak. Abang Nara kagum melihat pakcik-pakcik yang telah berusia turut sama menyertai marathon ini.

maybank bali marathonDaripada info yang diberikan, BII Maybank Bali Marathon kali ini disertai oleh kira-kira 2,500 pelari. 2,500 pelari ini datangnya daripada seluruh dunia. Dari Australia ada, dari Kenya ada, dari Amerika Syarikat ada. Paling menarik, kira-kira 100 pelari dari Malaysia turut hadir memeriahkan marathon ini.
maybank bali marathonAbang Nara paling terharu melihat semangat waja yang ditunjukkan oleh pelari-pelari marathon kategori wheelchair. Hampir mengalir air mata dibuatnya. Walaupun tidak sempurna tubuh badan, ketabahan mereka membuatkan orang ramai tidak berhenti bertepuk tangan ketika perlumbaan kategori mereka dirasmikan. Memang terbaik!!!
maybank bali marathonSelepas kira-kira 2 jam, para peserta marathon mula tiba di garisan penamat. Memang professional sungguh mereka ini. Laju gila. Peserta perempuan pun boleh tahan lajunya. Kalau Abang Nara masuk, confirm tak boleh menang dengan diorang. Hebat-hebat sungguh.
maybank bali marathonJutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua peserta BII Maybank Bali Marathon. Menang atau kalah itu perkara kedua. Yang penting, anda telah “Push Your Limit” dengan menyertai marathon ini. Anda semua memang hebat. Abang Nara respek dengan kecekalan, ketabahan dan stamina anda.
maybank bali marathonTahun depan kalau dipanjangkan umur, Abang Nara nak join kategori 10 kilometer BII Maybank Bali Marathon. Teruja pula melihat pelari-pelari yang bersemangat waja. Kalau korang pun berminat, silalah layari laman web www.balimarathon.com dan LIKE Facebook Maybank Bali Marathon untuk tidak ketinggalan sebarang informasi mengenai acara marathon tahunan ini.

May 31st, 2013

Abang Nara ada beberapa orang rakan yang gila marathon. Hampir kesemua marathon yang dianjurkan di Malaysia ini diorang akan sertai. Kagum Abang Nara dibuatnya dengan komitmen mereka. Terbaru, diorang tengah merancang untuk menyertai BII Maybank Bali Marathon.

bali marathon

BII Maybank Bali Marathon adalah acara tahunan bertaraf dunia yang diadakan di Bali Indonesia. Jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan di dalam marathon ini ialah USD150,000. Itu yang kawan-kawan Abang Nara teruja sangat nak join tue. Selain itu, laluan marathon ini yang merentasi tempat-tempat indah di Bali menguatkan lagi semangat mereka untuk turut serta.

bali marathon

BII Maybank Bali Marathon akan berlangsung pada 16 Jun ini. Ada banyak kategori tetapi yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah kategori kanak-kanak (children’s sprint). Sambil menunggu mak dan ayah berlari full marathon, anak-anak pun ada peluang untuk bertanding sesame sendiri. Senang cerita BII Maybank Bali Marathon boleh dijadikan aktiviti sekeluarga dengan adanya kategori sebegini.

bali marathon

Rupa-rupanya sekarang ini sedang berlangsung pertandingan di Facebook Maybank bersempena dengan BII Maybank Bali Marathon. Hadiahnya ialah tak lain tak bukan tiket penerbangan pergi balik beserta penginapan 3 hari 2 malam di Bali ketika berlangsungnya marathon ini.  Siap ada free spa treatment lagi.  Caranya mudah sahaja, hanya perlu jawab soalan “Why Do You Think Bali Is A Perfect Place For Marathon?” di laman Facebook Maybank. Senang gila kan?

bali marathon

Abang Nara tak ready lagi untuk berlari di dalam BII Maybank Bali Marathon 2013 ini. Namun untuk 2014, Abang Nara akan membuat persediaan daripada hari ini. Kena latih stamina mantap-mantap untuk bertarung di Bali tahun hadapan. Buat masa ini, Abang Nara dah LIKE Facebook BII Maybank Bali Marathon dan bookmark www.balimarathon.com untuk mengikuti perkembangan semasa event awesome ini.