Jom Berlari Marathon Di Bali, Indonesia

Hiburan

Jom Berlari Marathon Di Bali, Indonesia

Abang Nara ada beberapa orang rakan yang gila marathon. Hampir kesemua marathon yang dianjurkan di Malaysia ini diorang akan sertai. Kagum Abang Nara dibuatnya dengan komitmen mereka. Terbaru, diorang tengah merancang untuk menyertai BII Maybank Bali Marathon.

bali marathon

Advertisement

BII Maybank Bali Marathon adalah acara tahunan bertaraf dunia yang diadakan di Bali Indonesia. Jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan di dalam marathon ini ialah USD150,000. Itu yang kawan-kawan Abang Nara teruja sangat nak join tue. Selain itu, laluan marathon ini yang merentasi tempat-tempat indah di Bali menguatkan lagi semangat mereka untuk turut serta.

bali marathon

BII Maybank Bali Marathon akan berlangsung pada 16 Jun ini. Ada banyak kategori tetapi yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah kategori kanak-kanak (children’s sprint). Sambil menunggu mak dan ayah berlari full marathon, anak-anak pun ada peluang untuk bertanding sesame sendiri. Senang cerita BII Maybank Bali Marathon boleh dijadikan aktiviti sekeluarga dengan adanya kategori sebegini.

bali marathon

Rupa-rupanya sekarang ini sedang berlangsung pertandingan di Facebook Maybank bersempena dengan BII Maybank Bali Marathon. Hadiahnya ialah tak lain tak bukan tiket penerbangan pergi balik beserta penginapan 3 hari 2 malam di Bali ketika berlangsungnya marathon ini.  Siap ada free spa treatment lagi.  Caranya mudah sahaja, hanya perlu jawab soalan “Why Do You Think Bali Is A Perfect Place For Marathon?” di laman Facebook Maybank. Senang gila kan?

bali marathon

Abang Nara tak ready lagi untuk berlari di dalam BII Maybank Bali Marathon 2013 ini. Namun untuk 2014, Abang Nara akan membuat persediaan daripada hari ini. Kena latih stamina mantap-mantap untuk bertarung di Bali tahun hadapan. Buat masa ini, Abang Nara dah LIKE Facebook BII Maybank Bali Marathon dan bookmark www.balimarathon.com untuk mengikuti perkembangan semasa event awesome ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...