March 18th, 2020

Setiap yang hidup, pasti akan pergi. Sama juga dengan pelakon dan penyanyi, Maya Matahari yang disahkan telah kembali ke rahmatullah pada hari ini selepas menderita sakit kanser.

maya matahari meninggal

Berita sedih ini disahkan sendiri oleh penyanyi Haiza. Wanita itu menyampaikan bahawa dia sendiri masih lagi menunggu maklumat terkini mengenai jenazah arwah.

Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya secara spesifik.

 

Haiza menjelaskan bahawa dia mengetahui bahawa rakannya itu menghidapi kanser sejak dia menyertai Gegar Vaganza pada tahun 2018 lagi. Arwah juga dikhabarkan baru sahaja pulang daripada China bagi mendapatkan rawatan untuk penyakitnya itu.

maya matahari meninggal

Maya juga dikatakan tidak berkongsi banyak perkara mengenai penyakitnya itu, malahan Haiza sendiri ada bertemu dengan arwah semasa dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur pada hujung tahun lalu.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
September 19th, 2018

Seperti biasa setiap tahun pasti ramai yang menantikan program Gegar Vaganza, pada awalnya ada juga yang tertanya kenapa tahun ini promosinya tidak sehangat seperti tahun-tahun sebelum ini? Peminat tegar mula kecewa mungkinkah musim seterusnya tidak akan diteruskan?

Setelah sekian lama menanti, akhirnya hari ini pihak Astro mengumumkan Gegar Vaganza akan kembali untuk musim kelima.

Bakal bersiaran bermula 30 September ini, senarai peserta yang terlibat untuk GV 5 boleh tahan hebatnya. Buat pertama kali juga, program itu menampilkan kelainan apabila mengetengahkan penyanyi berkumpulan sebagai peserta iaitu Elite, Forteen dan duo, Billy Zulkarnain yang pastinya akan memberikan persaingan yang hebat terhadap peserta solo.

Antara artis lain yang bakal menggegarkan pentas GV 5 ialah Hetty Sarlene, Farahwahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Safura Yaacob, Maya Matahari ,Amelina,  Zamani (Slam) serta Shafie (Rio). Memang bukan calang-calang kesemuanya.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap.

Wow, memang teruja betul kami ingin melihat persembahan daripada kesemua peserta, korang pula macam mana? Siapa peserta kegemaran korang?

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Astro Gempak & Hlive

Advertisement
August 5th, 2015

Sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung bersama suami Tengku Shahreza Tengku Aziz, pelakon serta penyanyi Maya Matahari enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga beliau retak kerana ingin menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga.

Walaubagaimanapun, Maya menafikan sekerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka. Meskipun mereka sudah tidak tinggal bersama lagi, Maya masih lagi menjaga hubungan baik bersama Shahreza.

Tidak semua perkara berpunca daripada orang ketiga. Tidak dinafikan pelbagai cerita sampai ke telinga saya, namun saya memilih untuk tidak terlalu mendengar cerita tanpa bukti kukuh. Sudah lama saya mengunci mulut dan tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi ini. Ya, saya akui saya dan suami sudah lama tidak tinggal sebumbung.

Malah, kemelut rumah tangga kami sudah berlarutan sekian lama. Saya akui perlu mengambil tindakan lanjut secepat mungkin bagi mengelakkan fitnah. Tidak kira apa kesudahannya, saya dan suami masih berhubung secara baik.

Buat masa ini, beliau tidak mahu terlalu memikirkan masalah rumah tangganya dan hanya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya seninya. Untuk pengetahuan anda, status rumah tangga masih lagi tergantung dan tiada keputusan yang telah dibuat untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Umur pun hampir mencecah 40 tahun, jadi saya rasa banyak benda yang saya belajar dan ambil yang positif saja. Saya menganggap setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan menjadikan saya seorang yang sangat tabah.

Selain kerjaya, saya juga memberi fokus kepada ibu saya yang diserang sakit jantung. Saya dan adik beradik lain mengambil giliran menjaga ibu saya. Disamping itu, saya juga mempunyai jadual kerja yang padat.

Pada pendapat kami, kerjaya itu memang penting tetapi janganlah pernah ambil ringan dan tidak mahu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi didalam rumah tangga. Jangan terlalu kejarkan kerja tetapi akhirnya hati dan jiwa tidak tenteram serta merasa sunyi tanpa teman disisi.

Sumber Berita: Berita Harian

Advertisement
August 5th, 2015

Sebelum ini ada desas-desus yang mengatakan bahawa rumah tangga penyanyi dan pelakon Maya Ruslee ataupun lebih dikenali sebagai Maya Matahari sedangan menghadapi masalah. Terbaru, menerusi portal Harian Metro beliau mengakui sudah tinggal berasingan dengan suaminya Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz sejak enam bulan lepas.

Kedudukan rumah tangga saya memang tergantung sekarang dan belum ada jawapan yang tepat. Kami sudah tinggal berasingan sejak enam bulan lalu.

Maya yang popular dengan lagu Matahari pada awalnya tidak mahu memberikan sebarang komen dan enggan bercerita mengenai keretakan rumah tangga beliau yang dibina sejak tahun 2009.

Apa-apa pun kami harap Maya dan suami dapat menemukan jalan terbaik bagi masalah mereka dan tidaklah sampai  ke perceraian.  Semoga tabah dalam menghadapi ujian berumah tangga.

Sumber Berita: Harian Metro

Advertisement