August 5th, 2020

Tampil berkongsi foto dirinya sedang menyediakan burger bakar istimewa buat keluar sambil memijak lantai simen dengan berkaki ayam, pelakon jelita Maya Karin kini mencuri tumpuan netizen di laman Twitter.

maya karin pijak lantai simen

Lebih menghiburkan, ramai dalam kalangan pengguna laman tersebut seakan memuji aksi sempoi Maya itu dan mula menjadi bualan ramai apabila netizen seakan membandingkan dengan kisah penduduk bandar yang geli memijak lantai dapur rumah kampung sebelum ini.

“Maya Karin rileks je berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek. Kau yang muka berminyak, duduk KL sewa bilik pulak beriya tenjet kaki masuk dapur rumah kampung.”

Bagaimanapun, situasi ‘geli’ memijak lantai tanpa beralas kaki itu menarik perhatian pengguna media sosial lain untuk berkongsi kisah masing-masing.

Malah, wujud juga segelintir pihak yang tampil menyelar sikap individu yang kononnya geli untuk memijak lantai dapur itu seolah tidak menghargai jasa dan pengorbanan orang tua.

Menurut individu terbabit, andai seseorang itu berasa geli atau yakin lantai tersebut kotor, bantu atuk atau nenek untuk mengemas apa yang patut daripada balik kampung hanya tahu menghadap telefon sahaja.

Lebih melucukan sebenarnya apabila ada yang menyunting foto Maya dengan memadamkan kedua-dua belah kakinya hingga kelihatan terapung seperti filem popular lakonannya iaitu Pontianak Harum Sundal Malam.

View this post on Instagram

Coming to you soon.. Credit 📷 hantu lain

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Terdahulu, Maya mengumumkan perniagaan burger bakar yang diusahakan olehnya sejak Perintah Kawalan Pergerekan (PKP) itu ditutup bermula 1 Ogos lalu, malah pelakon itu juga turut meminta agar selepas ini tiada siapa yang akan mengaitkannya dengan mana-mana jenama burger lagi.

December 18th, 2019

Biasanya kalau ada majlis anugerah mahupun acara hiburan, pastinya artis popular akan mengenakan busana eksklusif dan menaiki kereta mewah. Kenalah ada ‘style’ baru seiring dengan gelaran seorang selebriti.

maya karin

Namun, berbeza pula dengan pelakon cantik Maya Karin yang tampil cukup sederhana dan menggunakan pengangkutan awam MRT bagi menghadiri sebuah majlis anugerah.

Rata-rata netizen memuji aktres itu tidak menunjuk-nunjuk seperti segelintir selebriti popular lain dan begitu bangga menaiki kemudahan awam tersebut.

maya karin mrtmaya karin mrtmaya karin mrtMaya Karin terkenal dengan sifatnya yang perihatin dengan keadaan alam sekitar. Dengan menaiki MRT, kita dapat mengurangkan penggunaan petrol dan sekaligus turut mengurangkan penceraman udara.

Sejujurnya tidak perlu rasa malu untuk naik MRT, ia merupakan salah satu sistem pengangkutan awam yang agak baik