Written by Bella | May 16th, 2016

Sejak kebelakangan ini, nama Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim tidak henti dihimpit dengan kontroversi gara-gara cara mereka berdua mempromosikan perniagaan.

Fizo dan Mawar pada awalnya dikecam kerana memuat naik video pelanggan berasak sehingga bersentuhan lelaki perempuan kerana hendak mendapatkan tudung baharu Fareeda. Tidak lama selepas itu,  mereka sekali lagi dikritik apabila Fizo pula memberikan kopi percuma sehingga ada pelanggan yang lari serta anggup untuk merempuh pasukan RELA demi sebungkus kopi.

Disebabkan perkara itu, ada juga yang berpendapat mereka berdua menampakkan pelanggan seperti orang bodoh dan disamakan dengan lembu.

Jelas Fizo, tujuan utama beliau untuk memuat naik video di laman sosial semata-mata kerana ingin berkongsi kegembiraannya dengan sambutan hangat yang diterima terhadap produk beliau dan isteri.

Video itu dikongsi semata-mata saya seronok dengan sambutan yang kami terima, tiada niat lain. Saya sebagai selebriti berkongsi setiap aktiviti. Saya dapat banyak reaksi positif terutama komuniti terbabit dalam perniagaan. Malangnya, pihak tertentu hanya nampak yang negatif.

Lihatlah daripada sudut positif, kejayaan perniagaan orang Melayu boleh sampai ke peringkat itu, kalau ramai bersyukur rezeki kita akan bertambah. Kenapa isu telefon pintar, orang beratur malam-malam, tiada pihak kutuk.

Niat saya hanya hendak tunjuk kemeriahan di butik Fareeda, apabila kita keluarkan tudung koleksi terbaru tetapi sekiranya ia disalah erti, saya mohon maaf, mungkin khilaf saya.

Pada masa yang sama, Fizo memberitahu beliau kurang senang dengan sesetengah pihak yang menggelarkan pelanggan beliau bodoh dan sebagainya, ini kerana mereka bukan berebut untuk membeli tudung sahaja tetapi ingin berniaga.

Setiap tudung Fareeda mungkin harganya lebih daripada RM100 tetapi boleh dijual diluar sehingga harga RM400.

Ramai yang mengatakan mereka berebut semata-mata untuk beli tudung dan dikatakan bodoh. Saya pantang bila orang cakap pelanggan saya bodoh, mereka berebut bukan hendak beli tudung, tetapi rezeki mereka.

Fizo juga menjelaskan beliau tidak pernah menumpang tuah mertua ataupun isterinya. Setiap perniagaan yang beliau lakukan sekarang adalah atas usahanya sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Sumber Berita : Kosmo!

Written by Bella | May 3rd, 2016

Nama Fizo Omar  dan isterinya Mawar Karim kembali hangat diperkatakan sejak beberapa hari lepas di media sosial apabila beliau sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila orang ramai berebut untuk mendapatkan kopi percuma dan nombor giliran bagi koleksi tudung Fareeda terbaru yang akan dilancarkan.

Dalam video yang dimuat naik di Facebook, ada wanita bahkan mereka yang sedikit berumur sanggup untuk mengasak pihak RELA untuk masuk ke dalam kawasan kilang Fareeda Group bagi mendapatkan kopi keluaran Fizo itu.

Beberapa pihak merasa tidak puas hati dan menyatakan Fizo masih lagi tidak serik meskipun isu pelanggan berebut tudung Fareeda tempoh hari masih belum lagi reda.

Berikut antara komen netizen :-

Ini pula video  yang telah menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lepas :-

Kami tidak mahu cakap banyak, tetapi mungkin Fizo boleh cuba cara pemasaran yang lain. Sebagai sifu ataupun business consultant anda pasti tahu menguruskan perniagaan dengan cara lebih berhemah dan tidak memalukan pelanggan.

Written by Bella | April 11th, 2016

Tengah hari tadi, pihak tudung Fareeda telah mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan isu panas dimana pelanggan mereka bersesak untuk mendapatkan koleksi terbaru mereka sekitar minggu lepas.

Ia menjadi satu isu yang viral apabila Fizo memuat naik video menunjukkan rusuhan yang berlaku sehingga ada berhimpit-himpit. Netizen sangat tidak berpuas hati dengan keadaan itu dan ada yang berpendapat bahawa mungkin pihak Fareeda ada mengupah pelanggan mereka untuk mencetuskan satu publisiti murahan ataupun gimik.

Namun, menurut Fizo selaku Pengurus Pemasaran Fareeda mereka tidak pernah melakukan hal tersebut dan ia sebenarnya ejen tudung Fareeda yang mengupah orang lain untuk merebut lebih banyak tudung.

Fareeda tidak pernah membayar sesiapa untuk menjadikan acara pelancaran koleksi baharu kami luar biasa. Pembeli dan ejen kami mengupah orang supaya mereka boleh mendapatkan jumlah tudung dipesan pelanggan selain adanya individu persendirian yang beratur untuk mendapatkan nombor dan kemudian menjualnya semula.

Kami memuat naik video pun sekadar mahu berkongsi kejayaan perniagaan Fareeda dengan peminat dan pelanggan, bukan untuk riak.

Fizo juga memberitahu pihak Fareeda ada meminta khidmat Rela serta pasukan keselamatan sendiri tetapi keadaan menjadi tidak terkawal kerana sambutan oleh orang ramai diluar jangkaan mereka.

Menjawab soalan mengapa admin fanpage Fareeda Nyata Jelita yang menjawab soalan orang ramai secara kasar, Fizo menjelaskan ia dikatakan tidak dapat dielak berikutan ulasan dilemparkan sesetengah pihak juga keterlaluan.

Pada masa yang sama, beliau sempat meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang mudah menunding jari serta mengecam mereka meskipun tidak berada di tempat kejadian.

Berkaitan hal bersesak ini kami tidak mahu komen, apa-apa pun sebagai satu perniagaan yang sudah ada nama yang besar, kasar macam mana pun komen yang diberikan di Facebook, seboleh-bolehnya cuba untuk menjawab dengan cara yang lebih elok.   Harapnya selepas ini isu sebegini tidak berlaku lagi dan pihak Fareeda ada ruang untuk memperbaiki kesilapan mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 7th, 2016

Ya, masih lagi mengenai isu video pelanggan berebut untuk koleksi terbaru tudung Fareeda. Meskipun bakal menjawab segala persoalan tidak lama lagi, Fizo Omar dalam satu kenyataan menerusi Utusan Online menjelaskan tidak pernah mempunyai niat untuk membuat satu gimik murahan.

Malah menurut Fizo, tidak berlakunya sebarang rusuhan ataupun berebut seperti yang digembar-gemburkan.

Buat Fizo segala tomahan dan kritikan itu bukanlah satu isu besar kerana mereka yang mengecam tidak berada di tempat kejadian.

Tidak, ia langsung tidak se­perti yang dihebohkan oleh mereka. Tidak ada adegan merusuh atau kecederaan. Apa yang berlaku, pada kami bukanlah satu isu yang besar pun. Bagaimanapun, saya percaya ada pihak yang cuba campur tangan sehingga perkara ini mendapat perhatian dengan cara yang salah.

Saya percaya mereka yang mengeluarkan komen di laman sosial itu sebenarnya tidak berada di sana sewaktu hari kejadian, jadi mereka hanya mengambil kesempatan untuk memanaskan keadaan.

Buat masa ini Fizo tidak merencana untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mengkritik cara pihak Fareeda melayan pelanggan mereka.

Tidak mengapa, buat masa ini kita nantikan sahaja penjelasan lanjut daripada Fizo Omar bagi menjawab segala persoalan.

Sumber Berita : Utusan Online