November 7th, 2017

Dituduh sebagai perampas serta punca keretakan rumah tangga  suaminya, Datuk Rahman Shakur bersama bekas isterinya, Karen Rayyan dan diganggu menerusi SMS  dan media sosial, kini pelakon Maria Farida telah membuktikan dirinya tidak bersalah dan memenangi saman fitnah terhadap Karen atau nama sebenarnya Hadijah Mokhtar.  Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan.

Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri saya. Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.

Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan tanpa sebarang gangguan selepas ini.

Mahkamah  juga memerintahkan Karen untuk menjalani hukuman penjara selama dua minggu kerana tidak menghadiri perbicaraan kes tersebut. Maria juga memberitahu beliau akan membuat tuntutan ganti rugi terhadap Karen.

Jika benar saya salah mengapa dia takut untuk datang ke mahkamah? Akibat kedegilannya itu mahkamah memerintahkan dia dipenjarakan selama dua minggu.

Keputusan hari ini juga membuktikan siapa salah dan sebaliknya. Saya benar-benar berharap dia tidak mengulangi perbuatannya dan belajar daripada kesilapanya.

– Karen Rayyan ( bekas isteri Datuk Rahman)

Bukan sahaja digelar sebagai perosak rumah tangga, Karen juga pernah menuduh Maria memukul anaknya iaitu Qalif Rayyan ketika dalam penjagaan Maria tanpa sebarang bukti.

Sumber Berita : mStar Online

May 19th, 2016

Meskipun sudah beberapa bulan berkahwin, Maria Farida masih lagi digelar perampas suami orang sehingga ke hari ini.

Dek kerana tidak tahan isterinya dihina dan dikritik, Datuk Rahman telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurut Datuk Rahman, tidak pernah timbul isu rampas kerana beliau sendiri yang hendak “membuang” Karen Rayyan daripada kehidupannya. Datuk Rahman sudah lama memikirkan soal bercerai dengan Karen sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan Maria lagi.

Ini bukan soal siapa rampas siapa, memang saya yang mahu ‘membuang’. Saya bukan muda lagi, tidak perlu saya menipu semata-mata untuk berkahwin dengan orang lain. Saya mahu mencari kebahagiaan melalui perkahwinan baharu ini, itu sahaja sebabnya.

bekas isteri Datuk Rahman ( Karen Rayyan)

Pada usia sekarang, tiada apa yang diharapkan oleh Datuk Rahman kecuali seorang isteri yang mampu menjaga makan minumnya dan memberikan kasih sayang yang secukupnya.

Setelah tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Maria, Datuk Rahman akui pelakon itu menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan baik.

Saya seorang lelaki yang sangat ringkas. Isteri bagi saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Berada di rumah ketika saya ada, menyediakan makanan dan memberikan kasih sayang secukupnya, itu sahaja.

Sebelum berkahwin dengan Maria itu yang saya minta daripada dia. Kami sudah berbincang, itu sahaja permintaan saya. Maria juga jelas faham dengan apa yang saya mahu. Selepas hampir tujuh bulan berkahwin, saya melihat dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

Kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku antara mereka bertiga dan agak tidak adil untuk melabelkan seseorang itu perampas. Biarlah Datuk Rahman, Maria Farida dan Karen Rayyan selesaikan masalah mereka sendiri.

Sumber Berita : Utusan Online

May 18th, 2016

Minggu lepas, cukup hangat dengan isu dimana Maria Farida didakwa memukul anak tirinya. Ekoran perkara berkenaan, ramai pihak yang mengkritik Maria tanpa mengetahui hal sebenar dan pelbagai tuduhan juga dilemparkan kepada dirinya. Ekoran perkara itu, Maria sudah kemukan saman fitnah terhadap Karen Rayyan dan memberi amaran agar wanita itu tidak mengganggu beliau dan Datuk Rahman.

Terbaru, menerusi portal Utusan Online Maria yang ingin membersihkan namanya memberitahu beliau sama sekali tidak ada niat untuk menganiaya anak-anak tirinya dan cuba untuk menjaga mereka dengan baik.

Saya menjaga anak-anak suami dengan bekas isterinya dengan baik, tidak ada niat menganiaya memandangkan saya juga seorang ibu. Untuk memastikan mereka juga selesa dengan saya, tidak pernah sekalipun untuk saya menidakkan mereka dalam aktiviti keluarga.

Saya tidak hanya menerima suami dalam hidup ini, tetapi anak-anak dia juga adalah sebahagian dari hidup saya hari ini. Jika ada yang kata saya mendera, lebih elok rasanya kalau soalan itu ditanya kepada anak-anak saya sendiri.

Tambah Maria, beliau juga bukan seorang perampas bahkan sebelum berkahwin dengan Datuk Rahman beliau pernah menolak lamaran lima orang lelaki.

Maria berkahwin dengan Datuk Rahman hanya selepas ahli perniagaan itu sudah bercerai dengan bekas isterinya Karen Rayyan.

Saya pernah menerima lamaran daripada lima lelaki, dan ada yang sudah memberi cincin tetapi saya pulangkan semula. Sampai keluarga saya yakin dan anggap yang saya akan membujang sampai bila-bila. Saya mengenali suami saya atas dasar kerja pada mulanya.

Kami tidak pernah ada skandal seperti yang diberitahu orang. Selepas dia bercerai kami mula baik, dan dia melamar saya. Akhirnya kini saya adalah seorang isteri yang bahagia di sisi dia.

Sebenarnya sebelum berkahwin lagi, Maria sudah tahu bahawa isu perampas ini akan timbul dan beliau redha dengan segala ujian yang diberikan dalam rumah tangga beliau.

Sumber Berita : Utusan Online

May 11th, 2016

Kemelut antara Maria Farida dengan pengasas produk kecantikan KR Beauty Care , Karen Rayyan seakan semakin menjadi-jadi.

Beberapa hari lepas, Shazleen Rahman iaitu anak Datuk Rahman ada memuat naik video dimana adiknya Rayyan mengaku ditampar oleh ibu tirinya iaitu Maria Farida. Video itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada pihak terus mengkritik Maria jahat dan sebagainya.

Berikut adalah video yang dimuat naik oleh Shazleen :-

Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Maria menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik video dimana Rayyan disoal oleh Datuk Rahman bagaimana Maria menjaga anak tirinya selama ini.

Ada satu bahagian didalam video tersebut, Rayyan memberitahu beliau menipu kerana takut ibunya akan memukul beliau.

Kami tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai video-video diatas, tetapi kesian juga kepada anak kecil yang tersepit di tengah-tengah kemelut antara dua wanita berkenaan. Ermmh..